0




Walaupun pelakon Mia Ahmad selalu menafikan diri menjalinkan hubungan cinta dengan seorang penjaga gol JDT iaitu Izham Tarmizi, tak bermakna pasangan ini tak bercinta.. Biasalah kebanyakkan artis wanita tempatan lebih mengambil langkah untuk menafikan segala kontroversi yang timbul..

Tapi, ramai juga peminat yang selalu nampak pasangan ni keluar bersama.. Di bulan Ramadhan ini pasangan ini dilihat berbuka puasa bersama-sama.. Kali ini, Mia dan Izham didakwa keluar bersama untuk membeli baju raya pula..

Menerusi akaun Instagram, Mia ada memuatnaik sekeping gambar selfie.. Banyak peminat rasa gambar itu diambil oleh Mia semasa membeli belah baju di salah sebuah butik Jakel.. Tak lama selepas Mia muatnaik gambar selfie berada di butik Jakel, Izham pun dah muatnaik gambar dirinya ada di butik Jakel..

So, ramai peminat yang anggap pasangan ini keluar bersama nak beli baju raya.. Ada di tempat dan masa yang sama, takkan kebetulan pula kan? Memang pasangan ni keluar bersama nak beli baju raya sekali la tu..

Semua dah sedia maklum bila bulan puasa umat Islam perlu banyak melakukan amal ibarat.. Sebabkan di bulan Ramadhan Mia dilihat selalu sangat keluar ‘berdating’, salah seorang pengikut Mia dah kritik Mia supaya kurangkan aktiviti ‘dating’ dan banyakkan lakukan amalan kebaikan..

Disebabkan kritikan dari salah seorang pengikut itu, penuh ruangan komen dari peminat lain yang tak berpuasa hati dengan kritikan dilemparkan pada Mia.. Mia pun dah membalas komen dari peminat sifatkan beli baju raya bukan ‘dating’, puasa pun kena jaga dalam berkata-kata..

Lepas ni kalau uolls kat luar sana mak ayah tak bagi keluar ‘dating’ dengan kekasih boleh guna trick yang dibuat Mia.. Beli baju raya dengan kekasih bukan keluar ‘berdating’, ini di kira melakukan amal kebaikan sebab dah membantu orang lain membeli baju ..hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top