0

Tak sangka dah besar rupanya anak dara pelakon Erra Fazira iaitu Engku Aleesya.. Tak silap Miss A anak Erra dah pun berumur 7 tahun..

Umur macam tu memang dah boleh sangat kalau nak ajar anak untuk berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Erra dah pun ajar Aleesya untuk berpuasa penuh.. Tapi, kalau anak-anak masih tak dapat tahan dari berpuasa sepanjang hari, boleh rasanya kalau nak bagi keizinan untuk anak itu berbuka..

Mengajar anak berpuasa jangan la terlalu kejam sampai anak dah lembik pun masih lagi suruh anak tahan lapar dan makan bila waktu berbuka..

Macam ibu lain kalau anak berjaya berpuasa penuh, mesti akan bagi ganjaran pada anak-anak kan? Erra dah benarkan anaknya Aleesya untuk mandi kolam sebab Aleesya dah berpuasa penuh sepanjang hari..

Nampak gembira betul Aleesya bila Erra bagi kebenaran untuk berenang, dah lama tak dapat benerang.. Miss A yang dah besar panjang pun tak reti-reti lagi nak berenang, Aleesya masih lagi kecik dah pun pandai berenang..

Setelah memuatnaik video benarkan anaknya itu berenang di bulan puasa di akaun Instagram.., peminat Erra pulak tampil berbalah antara satu sama lain.

Mereka berbalah sebab ada yang maklumkan kalau berpuasa tak boleh berenang.. Nanti waktu mandi air masuk mulut dan terminum air batal puasa Aleesya.. Ada pulak peminat yang mendakwa mandi ketika berpuasa tak membatalkan puasa..

Hmm, Miss A rasa kalau mandi waktu berpuasa tak membatalkan puasa hanya mahkruh.. Kalau waktu berenang tu sengaja minum air memang la batal.. Bukannya Erra yang berenang waktu tengah puasa, budak-budak kecil bagi la peluang untuk dia nak mandi kolam.. Betul-betul mengambil berat peminat Erra dengan puasa Aleesya..

Lepas ni minta ibu bapa kat luar sana jangan nak bagi ganjaran pada anak-anak mandi kolam kalau dorang tengah berpuasa ye.. Manalah tahu kann.., sambil menyelam, minum air..hahaha.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top