0

Nampaknya, ramai pihak yang tak boleh terima keputusan MT Umno yang telah memecat TS Muhyiddin dan DS Mukhriz serta pergantungan ahli kepada DS Shafie Apdal. Ni semua adalah terdiri dari penyokong tegar pemimpin tersebut lah ye.


Tidak terkecuali pemuda Umno Semporna yang masih tak boleh terima kenyataan keadaan yang menimpa Shafie sekarang. Mungkin dorang ni terhutang budi kepada Shafie yang banyak berjasa pada geng-geng Pemuda agaknya kot.

Takpun, mereka mungkin kesal dengan tindakan tersebut kerana pergantungan Shafie berlaku serta merta tanpa membuat rundingan untuk membela diri terlebih dulu. Sebab tu lah.., Ketua pemuda Umno Semporna, Datuk Mohd Azis kata tindakan ini tidak wajar dilakukan terhadap seorang ahli yang sudah lebih 30 tahun memperkasakan Umno.

"Dato Seri (Mohd Shafie) tidak di panggil dalam mempertahankan dirinya sebagaimana yang pernah berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pengantungan ini adalah satu tindakan terdesak bagi memastikan hanya pemimpin-pemimpin'yes man' yang perlu ada didalam barisan kepimpinan Umno ", katanya

Mohd Azis juga berkata tindakan yang diambil ini adalah satu  tindakan yang terdesak. Boleh jadi, mereka sangat tersentuh kerana Shafie adalah orang yang bertanggungjawab membawa Umno sampai ke Sabah. Bila timbul perkara begini ia tidak dapat diterima oleh ahli umno di sana.

Mungkin juga, mereka perlu melihat kenapa hal ni boleh berlaku dalam Umno, pergantungan ini bukan untuk penganiayaan kepada pemimpin. Tetapi ini adalah salah satu cara pengajaran kepada pemimpin yang sudah kehilangan prinsipnya untuk tetap menyokong Umno dalam apa jua keadaan.

MT Umno juga  tidak mudah untuk membuat keputusan ini, tapi dengan adanya perlembagaan parti mereka harus akur.  Jelas, ahli Umno yang seperti lalang akan ditolak mentah-mentah untuk kekal di dalam parti.

Lagipun, keputusan pergantungan Shafie belum mendapat kata putus, seharusnya pemuda Umno Semporna perlu menunggu kata putus MT Umno terhadap isu disiplin Sahfie ini. Rasanya, ahli-ahli Umno tidak perlu untuk menangani isu tersebut dalam keadaan yang beremosi. -HanezDot/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top