0

Pemuda UMNO Kedah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan DS Mukhriz kepada Umno Kedah yang mempunyai pakatan bersama PAS. Tuduhan yang tidak berasas ini membuatkan Gerakan Pemuda mendakwa Mukhriz kurang cerdik dan tidak matang.

Jelas, Ketua Pemuda Umno Kedah juga tidak dapat terima tuduhan melampau Mukhriz yang kononnya Umno Kedah bersekongkol dengan pembangkang. Sepatutnya Mukhriz yang kena cermin diri sendiri dulu, baru boleh tuduh Umno Kedah macam tu.

Kalau Mukhriz sendiri yang sememangnya sudah bersekongkol dengan pembangkang, rasanya tidak perlu untuk mengaitkan Umno Kedah dalam isu mesra pembangkang ini. Sebab tu Datuk Shaiful Hazizy tegaskan Umno dan BN Kedah tidak perlu pakatan tersembunyi lebih-lebih lagi dengan PAS.

“Saya menganggap cubaan Mukhriz menjadi tukang tilik mo­den ini bertujuan membuka laluan kepada PAN memandangkan beliau begitu mesra dan serasi dengan pimpinan kanan parti tersebut ", katanya

Tuduhan Mukhriz tu bukan saja terkutuk tapi telah melambangkang keperibadiannya yang buruk. Sebab tu, dia telah ditolak untuk menjadi Menteri Besar Kedah kerana kelemahannya dalam mengatur corak pimpinan dan susunan politik untuk negeri tersebut.

" UMNO dan BN Kedah kini lebih kukuh, segar idealisme perjuangan dan mantap gerak kerjanya di bawah teraju Datuk Seri Ahmad Bashah berbanding di era beliau sebagai Menteri Besar dahulu,” katanya

Walaupun, Mukhriz cuba untuk menarik perhatian daripada kenyataannya, ia belum cukup membuatkan ahli Umno dan rakyat Kedah berada dalam keresahan, kerana kekuatan parti tersebut selama ini adalah berlandaskan muafakat di antara satu sama lain. Hal ini, tidak menjanjikan peluang kepada pembangkang untuk memiliki Kedah. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top