0

Bukan main lagi sebelum ini Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dok suruh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke tikar sejadah dan segera bertaubat. Iyela mati kan tidak kenal usia, tapi Mahathir tu dah lanjut usia jadi sesuai sangat la kalau dia memperbanyakkan ibadah je dari dok sibuk pasal politik negara.

Namun begitu, sekarang ni tiba masa Nik Abduh pula disuruh untuk segera bertaubat dan kembali ke tikar sejadah. Penyokong Mahathir menyifatkan, sejak kebelakangan ini Nik Abduh dikatakan kerap mengeluarkan kenyataan yang sombong dan bongkak.

Nik Abduh didakwa cuma tumpang populariti dan kehebatan yang dimiliki oleh arwahyarham Tok Guru Nik Aziz. Apa saja kemampuan dan kehebatan yang ada pada Nik Abduh?? Sedangkan dia sendiri pun tak mampu nak berdiri atas kaki sendiri.

Naib Presiden Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Rushdan Mohamed berkata pemimpin pemuda Pas itu hanya bergantung harap pada aura dan kekuatan yang ditinggalkan arwah bapanya.

Disebabkan itu la Nik Abduh dan para pemimpim Pas dinasihatkan supaya segera bertaubat kerana hanya bergantung harap pada pemimpin yang ‘tidak amanah’ dan ‘tiada integriti’.

“Nasihat kami kepada Nik Abduh, zaman Tok Guru Nik Aziz sudah habis. Jika hendak dibandingkan dengan zaman ini, ibarat langit dan bumi.

“Pesan kami pada Nik Abduh, cari kekuatan sendiri bukan kekuatan arwah bapanya,” katanya.

Rushdan juga dikatakan tidak berpuas hati apabila Nik Abduh mengusik bossnya, Mahathir yang juga merupakan penaung GKCM. Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebelum ini mendakwa yang Mahathir sudah hilang taring.

“Mana katanya Mahathir hilang taring? Semua pemimpin Pakatan Harapan mahukan Dr Mahathir. Ini kerana, mereka sendiri sanggup untuk melantik Dr Mahathir sebagai Ketua Pembangkang yang baharu,” katanya.

Bukan itu saja, Rushdan juga memperlekehkan kemampuan Pas yang telah tewas dengan memalukan pada pilihanraya kecil yang lalu. Dia menyuruh Pas menilai semula kekuatan parti Islam itu selepas menerima undi terendah dalam dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Taring PAS tidak tercabut ke dari 18,000 pada PRU13, sekarang tinggal 6,000 saja,” katanya.

PAS yang bertanding dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu tewas di kedua-dua kerusi.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top