0

Andy percaya, macai-macai DAP pasti panas hati dengan ayat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ni... Aci potong tangan laa kalau macai-macai DAP tak panas hati.

Korang pun tahukan Rahman Dahlan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng macam mana.... Semenjak kebelakangan ini, Rahman Dahlan dan Guan Eng sering bertikam lidah mengenai isu-isu yang dibangkitkan seperti penyelewangan tanah Taman Manggis dan sebagainya.

Pasal penahanan Guan Eng semalam, Rahman Dahlan boleh kata DAP yang sering melontarkan slogan parti paling bersih di Malaysia hanya sekadar pada slogan, tetapi tidak diamalkan oleh DAP.

"Jelas sekali, slogan DAP sebagai parti politik yang paling bersih di Malaysia adalah tidak benar sama sekali selepas penahanan Guan Eng hari ini. Ketelusan dan akauntabiliti harus diamalkan, bukan sekadar di bibir sahaja," kata Rahman Dahlan.

Memang betul pun apa yang dikatakan oleh Rahman Dahlan ni... DAP kalau cakap bab integriti, memang boleh dapat A++... Tapi cakap je, nak suruh buat tu memang kelaut laa... Takdanya dorang nak amalkan integriti dalam parti atau pentadbiran kerajaan negeri.

Kalau betul pemimpin DAP ni mengamalkan sikat integriti.... Takda maknanya Guan Eng akan membeli rumah banglo mewah dengan harga cukup murah dari harga pasaran... Bukan setakat rumah, kereta pun sama... Takkan beli dibawah harga pasaran.

Bab tanah pula.... Kalau betul pemimpin-pemimpin DAP mengamalkan integriti, takkan laa Guan Eng sanggup jual tanah yang dikhaskan untuk pembinaan rumah kos rendah kepada pemaju untuk mendirikan hotel lima bintang dan hospital swasta.... Dah tu, jual pula dengan harga murah... Bila diperiksa, rupa-rupanya ada kaitan dengan pembelian rumah banglo mewah.

Tak pasal-pasal kantoi... Bila dah kantoi tu, tak mahu pula jelaskan kepada semua orang... Boleh larikan diri, siap buat wayang ajak menteri untuk berdebat mengenai isu ini... Last-last, ambil laa habuannya... Kena tahan dengan pihak berkuasa.... Kesian kan?? Hahaha.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top