0


Lagi kes penemuan menjijikkan dalam produk berkotak, kali ni seorang pengguna setia jenama Marigold pulak yang terkena! Bila kita beli sesuatu barang terutamanya makanan atau minuman, dah excited nak makan tapi terjumpa pulak dah benda pelik dan jijik dalam tu.. Korang mesti rasa bengang, betul tak??

Yela.., beli menggunakan duit, bukannya pakai daun yang dipetik dari pokok.. Itulah yang berlaku kepada pengguna setia juice jenama Marigold yang dikenali Venus Kam.. Dia muat naik gambar minuman berkotak yang menunjukkan benda yang menjijikkan ditemuinya dalam tu..

Miss tak dapat pasti lah apa benda tu, tapi sesuatu yang menjijikkan lah.. Venus ni memang pengguna setia juice tu sejak dia muda hingga dia mempunyai anak sekarang ni.. Dia memang percayakan jenama produk tu sejak dulu lagi, tapi bila jadi macam tu terus kepercayaannya ‘down’..

Berdasarkan cerita Venus, juice yang dibelinya tu pada hujung bulan lepas dan tarikh luputnya pada 2 Ogos 2016.. Kebiasaannya, dia dan anak-anaknya minum menggunakan straw jer.. Cuma pada hari tu straw pulak hilang, dia pun buka jer lah air kotak tu untuk minum..

Masa tu lah dia terkejut bila melihat benda jijik tu dalam minuman kotak tu dan terus terbantot nak minum.. Miss pun rasa kembang jer tengok benda tu, korang rasa apa ke benda tu yer?? Venus menyebarkan ni pun kerana dia berasa kecewa sangat dengan apa yang berlaku dan ingin mendapat penjelasan dari Marigold..

Agaknya apa penjelasan Marigold yer?? Apa-apa pun.., Miss harap korang kalau beli produk segera macam tu, lebih baik korang check dulu sebelum makan atau minum yer.. Bukannya apa lah, takut korang pulak akan dapat keracunan makanan! Lebih baik kita berhati-hati sebelum terkena, betul tak?? - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top