0

Aduhaiii abang Sabu ni la... Macam-macam hal dengan dia sorang ni! Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH ), Mohamed Sabu atau dipanggil Mat Sabu suka sangat bikin onar. Pening kepala dengan dia ni, sampai rakyat pun naik melugai.

Sejak kalah dalam  pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar, macam-macam pulak kenyataan cover malu yang ‘terkeluar’ dari mulut anggota parti Amanah. Bukan setakat anggota tapi presiden pun nak cover malu jugak sebab sebelum ni cakap besar sangat.

Ayat cover malu Mat Sabu katanya pengundi di kawasan Kuala Kangsar dan Sungai Besar ‘terkeliru’ terhadap calon-calon Pakatan Harapan... Amboiii boleh pulak main ‘terrr’ kan. Alasannya sebab pihak pembangkang dok bergaduh sesama sendiri, sebab tu pengundi pening. Elehh pengundi pening ke Mat Sabu yang tak betul ni?

"Pengundi jadi pening. Mereka keliru yang mana calon pembangkang yang hendak dipilih, Di Sungai Besar, PAS bercakap mengenai betapa hebatnya kerajaan negeri kerana parti itu adalah sebahagian daripadanya, dan begitu juga AMANAH,

"Sepanjang tempoh berkempen di Sungai Besar, PAS kata ia adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat bersama PKR dan AMANAH pula menjaja mesej ia adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan dengan DAP dan PKR.

"Keadaan ini menyebabkan para pengundi menjadi sangat keliru mengenai calon-calon Pakatan. Sebaliknya, BN/Umno tampil teguh bersatu menghadapi musuh-musuh mereka," jelas Mat Sabu.

Tambah Mat Sabu, keadaan pening dan keluri rakyat itulah yang mengundang kepada kekalahan Amanah. Kekeliruan rakyat tu menjadi cabaran dan penghalang besar bagi mereka untuk berkempen.

"Lain-lain fikir saya masih bersama PAS, mereka beritahu saya mereka akan mengundi parti saya, apabila saya tanya kepada mereka yang mana satu, mereka kata PAS," katanya.

Elehhhh... Bila dah kalah boleh pulak cakap konon rakyat keliru... rakyat yang cakap Mat Sabu masih Pas tu di rumah dia takde TV ke?? Surat khabar tak pernah baca ka?? Habis tu pilihanraya tahu pula ada noh.. Haha!-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top