0

Dah semakin hampir tiba hari untuk menyambut hari raya, tinggal seminggu jer lah.. Sekarang ni Miss rasa mesti ramai dok membeli barangan untuk sambut raya, betul tak??

Bila dah hujung puasa ni, peniaga kat luar sana tu pun akan mengambil kesempatan lah untuk promosi barangan jualan dorang kaw-kaw.. Yela, nak dekat dengan raya ni lah menjadi ‘bonus’ buat dorang..

Tak kira lah berniaga apa pun, pasti keuntungannya lumayan gila! Untuk tarik perhatian pembeli, dorang akan melakukan pelbagai teknik pemasaran yang unik dan lain daripada lain.. Itulah adat kalau berniaga, betul tak??

Tapi kalau dah sampai menggunakan nama junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk menarik pelanggan tu dah macam mempergunakan agama jer.. Macam sebuah 'booth' menjual pakaian baju Melayu di atas tu, korang tengok jer lah gambar tu..

Siap mengatakan tukang jahit baju tu pernah bertemu dengan nabi lagu.. Perlu ke sampai macam tu sekali nak melariskan barang jualan?? Kalau ya pun terdesak nak melariskan barangan jualan tu, Miss rasa tak perlu lah nak menggunakan agama macam tu sekali..

Mungkin hal ni nampak kecil, tapi kalau dah ramai yang gunakan taktik jualan macam ni, korang sendiri fikirlah yer.. Masih banyak taktik boleh digunakan untuk promosi barangan jualan! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top