0


Pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH-1 dari London menuju Kuala Lumpur, mengalami gegaran udara yang menyebabkan beberapa penumpang dan anak kapal cedera.

Malaysia Airlines dalam kenyataannya berkata, pesawat itu mengalami gelora udara stabil ketika berada di ruang udara Teluk Benggala.

Mangsa kejadian dilaporkan sudah menerima rawatan oleh pasukan keselamatan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas pesawat mendarat kira-kira jam 6 petang.

Post a Comment

 
Top