0



Beberapa minggu ni dah banyak kali Miss A dengar tentang ‘Vaksin’, isu yang cukup hangat diperkatakan oleh netizen.. Isu ini mula diperkatakan bila ada berita beberapa kanak-kanak yang tak ambil suntikan vaksin dah pun menemui ajal..

Perkara ni turut di bangkitkan oleh seorang peserta ‘Imam Muda Ammar’.. Teruk PU Ammar kena hentam sebab dah bangkitkan isu ‘Vaksin’ ini, sampai Ammar ambil keputusan untuk buang gelaran Imam Muda sebab dah digelar ustaz mee segera..

Sekali lagi isu ni mula dibangkitkan oleh penyanyi Suhaimi Saad.. Salah seorang penyanyi kumpulan nasyid  ‘InTeam’.. Suhaimi juga adalah suami pada Ina Naim, ingat lagi dengan Ina? Suatu ketika dulu pernah menjadi tunang pada penyanyi Mawi..hehehe..

Suhaimi menerusi akaun Facebook miliknya dah keluarkan status menyifatkan dirinya dan keluarga ‘anti vaksin’.. Suhaimi dengan berani dedahkan pada umum, dia memang tolak pemberian vaksin pada keempat-empat anaknya sebab meragui status halal vaksin itu..

Dah tolak ambil vaksin, Suhaimi sekeluarga amalkan makan makanan sunnah dan amal bacaan Al-Quran kalau ada antara anak-anaknya tak sihat.. Mesti muka Suhaimi dan keluarga tak pernah jejak kaki ke hospital dan klinik kan?

Disebabkan secara terang-terang dedah dirinya dah tolak vaksin, ruangan Fb Suhaimi habis kena serang dengan netizen.. Bukan dapat perhatian orang ramai datang nak menyokong tindakan Suhaimi 'anti vaksin'..

Tapi, ruangan komen penuh dengan caci maki yang diterima Suhaimi dari netizen.. Memang betul ke vaksin itu ada guna benda haram? Kalau nak pergi Mekah bukan semua kena vaksin dulu ke? Suhaimi pergi Mekah tak cucuk vaksin ye?

Tak pasal-pasal dah dapat gelaran baru ‘penunggang agama’, isu yang tengah hangat.. Siapa saja yang cuba ulas isu ni confirm kena hentam, tak pernah dengar peribahasa ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’ ke Suhaimi? Memang ajal maut itu dah ditentukan tuhan, tapi tak salah kalau nak mencegah.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top