0

Gara-gara tidak berpuas hati dengan penahanan  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng oleh  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) di pejabatnya yang terletak dalam bangunan Komtar.

Beratus-ratus penyokong Guan Eng bertindak berhimpun di luar perkarangan ibu pejabat SPR sambil buat kacau dan melaungkan ayat “Bebas Guan Eng”... Bukan tu je siap nyalakan lilin lagi bebb!

Turut sama kedengaran suara sumbang penyokong Guan Eng yang tidak berpuas hati... dorang mahu Guan Eng dibebaskan dan mendesak SPR supaya penahanan turut sama dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Kedengaran suara ‘menyalak’ “Tangkap Najib”.

Dorang ni tak puas hati pasal Guan Eng ditangkap tapi nak sabitkan perdana menteri pulak... Ehhhh salah Najib ke kalau Guan Eng kena tangkap?? Nak soal siasat je pun bukannya sumbat dalam penjara.... eyyyyy buat teruk!

Perhimpunan tunjuk perasaan itu bermula sejak jam 8.30 malam lagi.... Penyokong turut membawa pelekat yang menunjukkan desakan ‘keadilan terhadap Guan Eng’. Hairan yang orang Islam turut serta dalam perhimpunan tu tak pergi tarawih ke??

Bukan tu je kehadiran kira-kira 500 penyokong Guan Eng ini juga telah menyusahkan orang ramai.... Polis Terpaksa menutup sebahagian besar laluan menuju ke SPRM yang terletak di Jalan Northam, mana taknya sebab penyokong Guan Eng ni letak kenderaan dorang ikut suka je sampai sesak habis jalan raya.

Turut sama kelihatan ‘menyalak’ di sekitar perkarangan ibu pejabat SPRM itu adalah pimpinan Pakatan Harapan... Tapi kesian bebbb sebab demontrasi jalanan dorang tu suram giler kot haha!

“Saya dalam perjalanan ke SPRM,

“Patut tidak perlu tangkapan. Esok YAB boleh secara sendiri ke mahkamah. Ini satu usaha untuk menjatuhkan kredibiliti Lim Guan Eng.” kata Naib Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa yang bergegas ketika dihubungi.

Turut sama ditahan adalah Bekas tuan rumah banglo yang dijual kepada Guan Eng, Phang Li Koon. Dia ditahan di pejabatnya yang terletak dalam Menara Penang Garden sekitar waktu yang sama penahanan Guan Eng.-TiraGomez/UtaraNews.com 

Post a Comment

 
Top