0

Semuanya disebabkan tindakan keterlaluan dan bodoh penyokong Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Nak tunjuk tahap kesetiaan dan sifat samseng korang pun agak-agak la bebb! Jangan sampai menyusahkan orang lain. Tak pasal-pasal orang lain yang susah..

Disebabkan perhimpunan haram korang semalam yang menuntut ‘pembebasan’ Guan Eng selepas ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) petang semalam di Komtar, hari ni habis jalan raya sekitar beberapa kawasan pulak kena tutup. Memang menyusahkan betul la penyokong DAP tu semua.

Hari ini sekali lagi polis Pulau Pinang terpaksa menjalankan kawalan ketat di kawasan Mahkamah Sesyen, menjelang pendakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng pada jam 10.00 pagi tadi. Sebabnya tak nak kekacauan dan kesesakan seperti semalam berulang sekali lagi.

Beberapa jalan utama ke mahkamah ditutup terpaksa ditutup dan hanya peguam bela, keluarga dan kenalan rapat Guan Eng dan Phang sahaja yang dibenarkan berada di kawasan mahkamah.

Polis terpaksa berbuat sedemikian bagi mengelakkan para penyokong Guan Eng melakukan tindakan yang sama seperti semalam sehingga menyusahkan orang lain yang menggunakan jalan raya. Mana taknya jenis suka letak kenderaan ikut suka je habis sesak jalan.

Nahhhh.. Hari ini disebabkan tindakan bodoh penyokong Guan Eng semalam pengguna jalan raya hari ini sekali lagi kena ‘getah’... dorang dah tak boleh guna jalan sekitar mahkamah kerana ditutup. Eshhhh menyusahkan orang betul la!

“Polis akan mengambil tindakan jika ada yang engkar dengan arahan polis,” kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid.

Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon  didakwa di bawah Akta SPRM 2009, berhubung isu pembelian banglo di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta yang sebelum ini dikatakan di bawah harga pasaran.

Pembelian banglo oleh Lim itu dikaitkan dengan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin kepada sebuah syarikat swasta.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top