0

Bukan main lagi Presiden Gabungan Ketua Cabang Malaysia ni kalau bercakap, kononnya Umno akan diketawakan oleh seluruh dunia atas tindakan MT Umno yang telah mengumumkan pemecatan kepada TS Muhyiddin dan juga DS Mukhriz.

Isu pemecatan ini telah dipolitikkan dengan mempersoalkan pemecatan tersebut, mungkin rakyat turut terpengaruh dengan agenda politik yang melampau oleh puak yang tidak bertanggungjawab, macam GKCM ni.

“Ini merupakan pemecatan paling ganjil dalam Umno, malahan pada mana-mana parti politik dalam peradaban manusia di dunia ini '',

“Belum pernah berlaku dimana yang dipecat digantung keahlian adalah mereka yang bersuara tentang salahlaku pemimpin dan bukannya terhadap pemimpin yang melakukan salahlaku. Ini merupakan satu perkara yang akan ditertawakan oleh seluruh dunia,” kata Presiden GKCM Kamarul Azman

Menurut Kamarul, pemecatan ini adalah tindakan ganjil dan akan mendapat impak yang buruk berbanding tragedi yang pernah berlaku di dalam Umno. Nampaknya, gabungan pro-pembangkang ni sudah menilai tanpa mengkaji terlebih dahulu faktor pemecatan ini dilakukan.

Tempoh yang lama turut diambil bagi mengkaji hal ini, jika Umno masih menyimpan pengkhianat, sudah tentu akan merosakkan imej parti. Mungkin, dengan cara ini saja dapat menangkis pembiakkan agenda jahat oleh pemimpim dalaman parti itu sendiri.

Mungkin juga, ini adalah jalan penyelesaian untuk membina sebuah parti yang maju kehadapan. Sebab itulah, MT Umno mengambil keputusan tersebut bagi membendung masalah pemimpin yang tiada prinsip untuk taat setia bersama parti.

Walaupun dikatakan pemecatan ini berdasarkan pemimpin yang lantang bersuara, ia tidak dilihat begitu membebankan. Tapi apabila memandangkan pemimpin tersebut sudah berdiri sebaris pembangkang, ia perlu dipandang serius dan pemecatan ini relevan dengan tingkah laku mereka yang sudah pun bersama pembangkang.

Mungkin tiada seorang pun akan ketawa seperti yang dikatakan Kamarul di atas tindakan MT Umno terhadap pemecatan dua menteri tersebut. Ini kerana ia dilihat sangat setimpal dengan kesalahan yang dilakukan terhadap parti Umno yang selama ini juga sudah banyak berjasa kepada mereka. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top