1

Keakraban antara parti UMNO dan parti Islam Pas semakin lama semakin terserlah... bukan setakat anggota-anggota parti je yang semakin rapat tapi penyokong-penyokong parti Islam itu juga dilihat sudah mula menerima UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Kurang dari empat hari saja lagi masa yang tinggal untuk berkempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, pelbagai keajaiban yang berlaku dan dapat dilihat. Paling membanggakan apabila terdapat sinar yang menunjukkan penyokong Pas semakin menerima UNMO dan BN.

Senang melihatnya apabila penyokong PAS mempelawa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi supaya menjadi imam solat Tarawih di Kuala Kangsar semalam. Terkejut jugak kan, walaupun kita berbeza parti dan sokongan tapi kita tetap sama disisi yang Maha Esa.

Kejadian tersebut dikongsikan sendiri oleh Asyraf menerusi akaun Facebooknya.... Beliau agak terharu dengan penghormatan yang diberikan oleh penyokong Pas. Jelas nampak yang mereka berfikiran terbuka dan itu mengambarkan suasana harmoni kempen PRK Kuala Kangsar.

“Seronok saya melihat suasana harmoni kempen pilihanraya di Parlimen Kuala Kangsar kerana jentera PAS dan UMNO boleh solat berjemaah Tarawih bersama bahkan pimpinan PAS kawasan dan ahli-ahli mereka juga setia mendengar tazkirah daripada saya bahkan meminta saya menjadi Imam Isyak dan Solat Terawih di Madrasah Taman Jasa Kuala Kangsar,” kata ustaz UMNO itu.

Dalam agakkan Gomez, sudah tiba masanya untuk kedua-dua penyokong parti tersebut bertindak dan mula mengorak langkah untuk sama-sama mencorakkan budaya politik baharu dengan mengetepikan perbezaan pendapat dan meletakkan kepentingan Islam sebagai asas utama perjuangan.

“Sudah tiba masanya kita mencorakkan budaya politik baru yang meletakkan asas ukhuwwah dan kepentingan Islam melangkaui kepentingan-kepentingan lain hinggakan kita mampu berjiwa besar dalam menguruskan perbezaan-perbezan yang ada di antara sesama manusia,” katanya.

Sebelum ini kita dapat lihat berlaku sedikit perselisihan faham antara penyokong Pas dan UMNO dalam keputusan mereka yang enggan mengiktiraf imam daripada parti lawan, lalu mencetuskan isu dua imam dalam satu masjid. Tapi kini perkara tersebut telah berubah.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

  1. UMNO telah berjaya dalam mendaulatkan Islam di Malaysia dengan masjid Islam, sistem ekonomi Islam, bank Islam, Sukuk Islam, universiti Islam, Universiti Alquraan Islam, Hospital Islam, pertahanan Islam, pengajian Islam peringkat sekolah sehingga universiti, pajak gadai Islam, jabatan ugama Islam, JAKIM Islam, Tabung Haji Islam, Amanah ikhtiar Islam, Undang-undang keluarga Islam, undang-undang jenayah Islam (tak termasuk Hudud) , undang-undang muamalat, kebajikan masyarakat, dan banyak lagi pengisian yang dibuat bagi memenohi tuntutan Islam.
    Malah baru-baru ini lebih seratus pakar dari lima universiti –UM, UKM, USM, UTM,UPM dan USIM menjalankan kajian bagi mengukur tahap perlaksanaan Islam di Malaysia bagi tahun 2015. Kajian mereka mendapati skor keseluruhan Indeks Syariah Malaysia bagi 2015, didalam sistem pentadbiran negara, adalah sebanyak 75.42 peratus. Sekor tersebut berdasarkan penyelidikan comprehensif dalam lapan bidang utama - pendidikan, perundangan Islam, politik, kesihatan, ekonomi, budaya, sosial serta prasarana dan persekitaran. Indeks Syariah Malaysia adalah satu kaedah pengukuran yang saintifik dan menyeluruh bagi menentu ukur kedudukan kerajaan dalam menjalankan pentadbiran negara berdasarkan prinsip asas Islam iaitu Maqasid Syariah.

    Lima elemen utama dalam Maqasid Syariah iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal,
    keturunan dan harta merupakan kayu ukur utama yang akan digunakan untuk mengukur lapan bidang utama pentadbiran negera tersebut.

    Hasil kajian ini menunjukkan kerajaan yang diterajui UMNO martabatkan Syiar dan Syariat Islam di Malaysia. Ini juga membuktikan bukan sahaja UMNO ada dasar Islam tapi berjaya melaksanakan Islam di Malaysia negara yang majmud ini dengan model Islam yang pragmatik. Ia juga menolak mana-mana tuduhan yang mengatakan UMNO berdasarkan kebangsaan tak laksanakan Islam. PAS sepatutnya berkerjasama dengan UMNO demi memperkasakan Islam di Malaysia

    ReplyDelete

 
Top