0

Dek kerana setengah individu tak bertanggungjawab, seekor penyu kini bertarung nyawa selepas diseret ke darat oleh pelancong di sebuah pantai di Lubnan sebelum bertindak memijak dan memukulnya.. Dah hilang akal agaknya dorang buat haiwan yang semakin pupus tu!

Akibat perbuatan dorang, penyu tu mengalami kecederaan di kepala.. Kekejaman tu dikesan selepas pelancong terbabit memuat naik gambar dia berselfie dengan penyu tu di media sosial pada 14 Jun lali, iaitu dua hari sebelum sambutan Hari Penyu Sedunia..

Keadaan tu jugak mencetuskan kemarahan di kalangan aktivis yang memuatnaik gambar tu dalam Facebook Animals Lebanon dengan tajuk ‘Mati untuk selfie’?..

Dah lah penyu tu diheret ke darat dan digunakan oleh orang ramai untuk selfie, lebih teruk tu bila dorang berulang kali memukul kepala penyu tu..

Nasib baik lah penyu tu dapat diselamatkan selepas diberi antibiotik dan x-ray pun dilakukan di kepalanya..

Haiwan banyak pupus kerana sikap orang tak bertanggungjawab macam pelancong kat atas tu.. Gara-gara nak selfie, sanggup ‘buli’ penyu tu tanpa belas kasihan! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top