0

Peruntukkan kepada warga felda berjumlah RM49.52 Juta telah diumumkan oleh DS Najib baru-baru ini, dana tersebut dijangka akan di agihkan kepada warga felda sebanyak RM500 seorang. Insentif ini juga merupakan duit raya untuk membantu meringankan beban warga felda.

Dikatakan, dana sebelum ini tidak bernilai RM 500 seorang dan hanya bernilai RM300 saja, tapi diatas keperihatinan Perdana Menteri beliau menaikkan lagi jumlah sebanyak RM200 pada ucapan yang dibuat di hadapan semua warga felda, hal ini merupakan hadiah istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua peneroka.

Ternyata keperihatinan Najib dapat membantu rakyat untuk lebih gembira di hari raya nanti, pemimpin yang berjiwa rakyat seperti ini akan menjadi sanjungan. Keperluan rakyat sering dijadikan keutamaan membuatkan rakyat tidak terpengaruh dengan tohmahan pembangkang terhadap Najib.

"Saya hari ini yang telah disediakan sepatutnya umum duit raya sebanyak RM300 seorang, kira punya kira saya kata tak apalah, kita tambah lagi RM200, semoga sumbangan ini akan dapat membantu peneroka membuat persiapan hari raya dengan lebih gembira,” katanya

Pemimpin seperti Najib yang rakyat mahukan kerana sentiasa peka dan mencari jalan untuk memberikan keselesaan buat rakyat, tidak pelik jika BN menang di PRN Sarawak dan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana kepimpinan Najib terbukti sentiasa mengutamakan suara rakyat.

Walaupun tohmahan pembangkang yang pelbagai, Najib tetap komited untuk menunaikan janjinya kepada rakyat. Mungkin, belum tentu pembangkang mampu untuk memikul tangungjawab kepada rakyat dengan baik seperti Najib. Jadi tidak hairan lah kalau rakyat masih tetap memilih untuk mengundi BN. -HanezDot/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top