0

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Perkasa Ibrahim Ali nampak seolah-olah berpihak kepada parti DAP. Kenapa agaknya yer?? Adakah Perkasa sebenarnya sayangkan DAP?? Sebab bukan main beriya-iya lagi Presiden Perkasa ni mempertahankan parti cauvanis tersebut daripada dihentam.

Ibrahim Ali menempelak kenyataan yang dibuat oleh mufti Pahang, Rahman Osman dalam satu laporan berita menyatakan adalah ‘dosa besar’ untuk bekerjasama dengan DAP. Menurut Rahman, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bekerjasama atau bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de¬ngan mereka ia merupakan satu “dosa besar” bersekongkol dan bekerjasama dengan DAP,” kata Rahman.

Korang pasti tahu yang DAP sebelum ini habis-habisan menentang perlaksanaan hukum Islam di negara ini. Malah DAP juga bercita-cita mahu menubuhkan sebuah negara yang berlandaskan secular.

Marah dengan kenyataan tersebut, Ibrahim mendakwa bahawa menggelarkan DAP sebagai ‘Kafir Harbi’ adalah keterlaluan! Mungkin dia tidak berpuas hati dengan gelaran yang diberikan tersebut.

“Walaupun kita tidak bersetuju dalam banyak isu, saya fikir tidak wajar untuk melabelkan DAP sebagai kafir harbi.

“Kita tidak patut mewujudkan imej yang buruk terhadap Islam dengan membuat kenyataan seperti itu,” kata Ibrahim.

Walaupun begitu, kegiatan keterlaluan DAP yang langsung tak menghormati agama lain wajar diberi pengajaran. Dalam Islam juga ada sebut bahawa sesiapa yang menentang dan menolak hukum Islam sebenarnya adalah musuh Islam.

Bukan itu sahaja, DAP juga terkenal dengan amalan politik kebencian, jadi adalah sangat membimbangkan jikalau kegiatan dan pengaruh yang dibawa DAP ini berleluasa. Nanti takut negara pula yang huru-hara.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top