0

Pelanggan yang mengambil kesempatan nak berbuka puasa di restoran milik kompeser Ajai iaitu ‘Asam Pedas Hirup’ ramai yang terkejut bila tengok restoran tu dah beberapa hari tak beroperasi.. Ada pihak mendakwa restoran Ajai tak mendapat sambutan ramai dan dah pun ditutup..

Tak mahu peminat tertanya-tanya tentang status restoran ‘Asam Pedas Hirup, Ajai maklumkan memang dah menutup restorannya.. Tapi, restoran itu hanya ditutup buat sementara waktu.. Ditutup bukan sebab tak mendapat sambutan, tapi kerana mencari pekerja baru..

Pekerja lama hilang kemana, semua lari sebab tak bayar gaji? Sebenarnya Ajai terpaksa mencari pekerja baru di restorannya tu sebab pekerja lama dah songlap duit..

Masalah yang selalu dilalui oleh kebanyakkan peniaga bila ada pekerja yang tak jujur.. Pengurus restoran selalu curi duit, minyak di restoran yang dah digunakan diambil dan dijual tanpa pengetahuan Ajai..

Dah pengurus restoran songlap duit, pekerja bawah pulak ada masalah datang lambat.. So, Ajai ambil pendekatan untuk berhentikan semua pekerja dan tutup buat sementara waktu sehingga dapat pekerja baru..

Artis yang terlibat dalam perniagaan selalu ditipu dan diambil kesempatan oleh pihak tak bertanggungjawab.. Terlalu percayakan orang sampai ditipu hidup-hidup, mungkin sebab tak ada asas dalam perniagaan banyak pihak yang suka ambil kesempatan..

Jadikan segala yang terjadi sebagai pengalaman dalam perniagaan.. Sebab dah terlalu sibuk dengan urusan artis dan perniagaan.. Selalunya artis akan lepas tangan pada rakan niaga..

Patutnya jadi macam Neelofa, buat bisnes dengan keluarga sendiri.. Adik beradik sendiri nak songlap duit perniagaan juga tak tahu la.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top