0

Pas semakin ligat berceramah sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 18 Jun ini.

Pas yang telah keluar dari Pakatan mencabar parti serpihannya iaitu Parti Amanah Negara (PAN) untuk menyatakan pendirian terhadap usul Rang Undang-undang (RUU) Islam yang dibawa oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria mencabar pemimpin-pemimpin PAN untuk menyatakan pendirian terhadap RUU Islam.

Cabaran yang dibuat Razman ini dipercayai kerana PAN telah mengeluarkan kenyataan bahawa Pas bukan utusan Allah untuk melaksanakan hukum Allah.

Menurut Razman, PAN yang ditubuhkan kononnya sebagai parti Islam dan atas arahan DAP perlu menyatakan pendirian.

"Saya cabar PAN yang kononnya ditubuhkan sebagai parti Islam dan pengganti Pas untuk menyatakan pendirian terhadap RUU Islam," tegas Razman dalam ceramah Pas di UPU ketior.

Turut hadir dalam ceramah ini ialah Hadi dan calon Pas Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Post a Comment

 
Top