0

Boleh tahan juga PKR ni, dia punya nak 'backup' rakan sekutu, DAP tu.... Memang kalah Parti Amanah Negara (PAN)... Ingatkan PAN je yang kuat 'backup' DAP, rupanya PKR pun sama naik dengan PAN... Hahaha.

Korang pun tahu kan semalam berita tergempar di Pulau Pinang.... Ketua Menteri Pulau Pinang telah ditahan oleh pihak Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawah Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan akan didakwa di Mahkamah hari ini.

Ekoran itu, PKR mempertahankan rakan sekutu mereka dengan mengatakan PKR tetap akan memberi sokongan dan dokongan kepada kepimpinan Guan Eng serta akan berditi teguh di belakang beliau.

Alahai PKR.... Buat susah-susah korang jer... Tak payah laa nak beri sokongan buah dokong bagai.... DAP pun buat tak tahu jer dengan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim... Korang pula yang lebih-lebih nak 'caring' pasal Guan Eng ni.... Korang nak Anwar tulis surat lagi ke pasal korang duk sibuk sokong Guan Eng ni??? Hahaha

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman melahirkan rasa kecewa dengan media arus perdana yang selalu memainkan isu pembelian rumah banglo mewah Guan Eng serta penjualan tanah Taman Manggis.

Mansor Othman berkata, tindakan media arus perdana itu seolah-olah menggambarkan bahawa pentadbiran DAP Pulau Pinang dibawah pimpinan Guan Eng begitu teruk dan dipenuhi dengan penyalahgunaan kuasa.

"Sejak dari awal lagi serangan demi serangan dilancarkan kepada Guan Eng mengenai isu banglo tersebut. Media arus perdana tidak terlepas memainkan isu tersebut hari demi hari, seolah-olah menggambarkan pemerintah begitu tekad sekali dengan kes ini," kata Mansor Othman.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top