0

Amboiii.... popular betul la dua badut sarkas ni... sejak pemecatan mereka daripada parti UMNO terus parti lain dok berebut-rebut nak dapatkan dorang untuk bekerjasama dalam parti mereka. Hahaaa bernilai sangat ke dua badut tu??

Kalau sebelum ini bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir direbut oleh Parti Amanah Negara (Amanah) dan parti Islam Pas. Nahhhhhhh sekarang ni Parti Keadilan Rakyat (PKR) pulak nak cuba nasib.

PKR Johor dikhabarkan mahu menyunting ‘bunga taik ayam’ dan mempelawa Muhyiddin untuk menyertai parti PKR... mungkin simpati dengan nasib yang menimpa selepas dipecat minggu lalu.

Ketua PKR Johor Hassan Karim beriya-iya mengundang Muhyiddin untuk bersama berjuang dengan PKR... Bukan setakat Muhyiddin je yang dorang nak kutip malah segala mak nenek penyokong Muhyiddin pun dorang nak kutip jugak. Eiiii kesiannya.

"Kami di PKR menghormati pendirian jelas dan tegas Muhyiddin dalam isu 1MDB.

"Kami difahamkan Muhyiddin tidak akan merayu keputusan Umno untuk memecatnya, oleh itu kita di PKR, terutamanya di Johor, menghulurkan salam setiakwan kepada Muhyiddin dan semua penyokongnya untuk membuat perubahan dan reformasi di tanahair kita, dengan bermula di Johor," ujarnya.

PKR Johor ni nak sangat Muhyiddin sertai mereka sebab dorang bangga Muhyiddin pernah menjadi bekas timbalan presiden Umno, bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Johor. Kononnya sebab banyak pengaruh jadi boleh la dorang mempergunakannya untuk meraih undi pada pilihanraya nanti.

"PKR dan rakan-rakan Pakatan Harapan di Johor berazam untuk membentuk satu kekuatan politik yang berkesan dan kuat di Johor dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

" Kami mengalu-alukan Muhyiddin untuk bersama-sama dalam gelombang kebangkitan rakyat di Johor untuk sebuah kerajaan yang adil, telus, tidak rasuah dan mesra rakyat, " katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top