0

Di hari terakhir kempen bagi pilihanraya kecil Sungai Besar, suasana dicemari dengan insiden vandalisme apabila sekurang-kurang dua poster BN Budiman Mohd Zohdi disimbah dengan cat merah.

Ia dikesan pagi ini di jalan Sungai Besar-Sekinchan. Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan oleh penyokong-penyokong DAP yang selama ini bertindak agresif didalam menjalankan kempen pilihanraya.

Pakatan Haraan khususnya DAP sebelum ini bertindak keterlaluan didalam waktu berkempen di Sungai Besar, termasuklah menaikkan banner provokasi terhadap masyarakat cina disini. Mereka juga dipercayai terdesak untuk meraih kemenangan bagi membuktikan PAN diterima oleh rakyat.

Kerusi parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, AMANAH dan PAS. Dalam pilihan raya umum lalu, BN hanya memang tipis dengan majoriti undi kira-kira 400 sahaja.

Pilihan raya kecil itu diadakan serentak dengan Kuala Kangsar esok susulan kematian penyandang-penyandang kerusi itu dalam nahas helikopter di Sarawak bulan lalu.

Post a Comment

 
Top