0

Lain macam pula dengan parti GERAKAN yang merupakan parto komponen Barisan Nasional... Duk tak duk sibuk nak pertahankan DAP dalam isu kenyataan Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berhubung DAP sebagai kafir harbi.... Ada apa-apa ke Gerakan dengan DAP ni??

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kong memaklumkan beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Mufti Pahang yang melabelkan DAP sebagai kafir harbi kerana ia satu kenyataan yang amat keterlaluan.

Mah berkata, perkara ini berat dan salah kerana dalam kepercayaan orang Islam, kafir harbi merujuk kepada orang kafir yang boleh diperangi kerana menentang Islam.

"Saya tidak bersetuju. Itu salah," kata Mah dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Pelik pula tiba-tiba Presiden Gerakan boleh bersuara pertahankan DAP..... Mah ada pape ker dengan DAP ni?? MCA takda pula nak buka mulut komen pasal DAP ni... Mah je yang tiba-tiba bersuara.

Bahaya Gerakan.... Boleh jadi duri dalam daging ni... Tak semena-mena komen pasal pertahankan DAP... Mau duk jaga-jagalah Barisan Nasional... Satgi jahanam terus Barisan Nasional.

Oh lupa.... Gerakan dengan DAP ni sama jer... Dua-dua duk bantah Rang Undang-Undang (RUU) Islam.... Sebab tu Gerakan pun terasa bila Mufti Pahang kata DAP yang duk bantah RUU Islam kafir harbi... Patotlah!! -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top