0

Nahhhhh... Ini baru namanya buku bertemu dengan ruas... Jika sebelum ini timbul satu dakwaan yang menyatakan Parti Amanah Negara (Amanah) ni sebenarnya khadam kepada DAP, sebab semua atur cara majlis diatur oleh DAP sehingga menyebabkan ceramah ‘terpaksa’ diadakan waktu orang Islam menunaikan solat Tarawih.

Ramai yang mengadu pasal ni sebab menggangu orang solat Tarawih dan waktunya tidak tepat tapi Amanah buat tak tahu je dan ikut sahaja telunjuk DAP. Hahhhhh! Kali ni baru padan muka Amanah sebab dorang kena ‘sekolah’ dengan seorang mamat ni.

Seorang lelaki yang bengang dengan ketidakprihatinan geng Amanah ini yang telah mengadakan ceramah semasa solat Tarawih berlangsung, telah memarahi  penganjur ceramah tersebut. Mana tidaknya, dorang ni tak tahu nak hormat orang Islam ke?? Nak cakap yang geng Amanah ni bukan Islam tak jugak sebab rasa Gomez semua orang Islam yang dalam Amanah tu. Habis tak kan orang Islam sendiri tak tahu pasal agama dan tak hormat agama sendiri?

“Nak ceramah, agak-agaklah. Ceramah masa Tarawih, hormat Islam. Ini siapa Islam.
Tarawih tak habis lagi. Bodoh ke? Ahli Parlimen ke Yang Berhormat (YB) ke, peduli apa. Hormat Islam. Faham. Selagi tak habis Tarawih jangan mula.

Sebelum Tarawih tak habis lagi, Hormat Islam. Orang tengah sembahyang. PAS ke BN semua tunggu sampai habis Tarawih,” kata lelaki yang tidak dikenali itu.

Geng-geng tak tahu nak hormat waktu solat Tarawih ni kena tarbiah semasa Ahli Parlimen DAP, Anthony Loke membuat ucapan... Habis kecoh majlis yang berlangsung di Taman Sri Emas, Kuala Kangsar tu.

Turut sama kena ‘sekolah’ adalah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Setidaknya korang tunggu la sampai solat Tarawih di kawasan tu selesai... Ala bukan lama mana pun.

Ini PAN (AMANAH) tolong hormat. Ini bukan kira parti. Kira agama. Ya, tahu, nak orang Melayu, orang Islam datang sini. Berhenti. Selepas Tarawih nak memekak ke melalak ke terpulang.

Yang orang PAN ini tak hormat Islam kenapa. Hormat,” tegasnya.

Padan muka korang, hahaaa... Nak raih undi rakyat tapi sensitiviti rakyat tak tahu nak jaga. Walaupun sudah menerima aduan tapi dok buat tak tahu.. Nahhhh, sekarang ni bila dah kena ‘sekolah’ macam ni baru ada akal kot noh. - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top