0

Dalam Andy duk main Facebook, Andy terbaca status dari seorang bekas ahli Pas ni... Dia kata, dia menyesal meninggalkan parti Islam tu dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN).

Menurut bekas ahli Pas yang merupakan ahli PAN, dia berasa kesal ketika hadir hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan 18 Jun ini... Tapi ahli PAN ni tak beritahu pulak dia hadir penamaan calon PRK Kuala Kangsar atau Sungai Besar.

Walaupun dia tak bagitau dia hadir penamaan calon yang mana.... Andy dapat rasakan ahli PAN ni hadir penamaan calon PRK Kuala Kangsar... Sebab penamaan calon Kuala Kangsar, penyokong Pas begitu ramai berbanding penyokong parti-parti lain.

Kata ahli PAN tu, ketika berada di penamaan calon... Dia perhatikan saja bekas rakan-rakannya yang masih beristiqamah di dalam parti Islam tu... Rasanya begitu manis berbanding berada dalam PAN, walaupun PAN digelarkan sebagai mangga harum manis.
"Masa berarak penamaan calon... aku pandang je dan melihat dari jauh jemaah lama aku. Jauh disudut hati aku mengaku, kemanisan ketika bersama Pas tidak aku jumpa pada jemaah baru aku sekarang... Hati tak tenang... Hati rasa tak sedap, rasa kurang megah... Timbul sangsi dengan wadah baru ini... mungkin sebab masih belum betul2 kuat kot," tulis ahli PAN tersebut.

Disebabkan ahli PAN tu berasa tersilap langkah.... Dia menyatakan hasrat hati untuk kembali ke pangkuan parti Islam terbesar itu pada satu hari, dan berharap bekas rakan-rakannya dapat mendoakan keputusan yang terbaik untuk dirinya.

Ahli PAN meminta bekas rakan-rakannya supaya memberi sedikit masa untuk dirinya untuk membuat keputusan agar kembali ke parti Islam itu.

"Mungkin satu masa aku perlu fikir balik apa yang dah aku pilih... beri aku masa untuk aku nilai... sungguh... memang aku rindu saat bersama Pas dulu... orang2 dia penuh semangat tak kenal penat lelah.. korban wang ringgit sendiri... kuliah agama tak tinggal... usrah sama2. perasaan tu lain sangat dari sekarang... Doakan aku  sesuatu," tulisnya. - AndyBolat/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top