0

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin nampak macam sedikit tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Rasanya bukan sedikit tapi tak puas hati banyak.. Hahaaa! Sebab bekas MB Perak ini mengaitkan kejadian nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak bulan lalu yang mengakibatkan penyandang kerusi Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terbunuh, adalah balasan kepada Najib dan Zahid.

Apa kena mengena dengan dua orang pemimpin ni?? Katanya ada sebab tersirat mengapa pilihan raya kecil itu terpaksa diadakan semula dan mengapa Parlimen Kuala Kangsar dan sungai Besar yang dipilih diantara 222 kerusi parlimen di negara ini. Ehhhh, dah sebab ajal dorang telah ditentukan, apa kena mengena dengan Najib dan Zahid pulak?

“Kenapa tidak pilih Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, kenapa pilih Kuala Kangsar, Bandar Diraja?

“Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi menteri besar Perak, daripada Mac 2008 hingga Februari 2009.

“Di sinilah buminya yang mana kedua-dua makhluk ini datang merampas kerajaan Pakatan yang saya pimpin ketika itu. Siapa makhluk itu? Tak lain tak bukan (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi).

“Kebiadapan Najib dan Zahid merampas kerajaan Perak ini di bumi Kuala Kangsar, maka Allah jadikan di bumi ini juga pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

“(Ini) supaya orang Kuala Kangsar mengajar mereka kerana kamu kurang ajar kepada pilihan rakyat, kamu berlaku jahat, zalim kepada rakyat Perak,” katanya.

Nizar berucap pada sesi ceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, malam semalam, macam tak logik je pemikiran pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) ni?? 

Atau dia sebenarnya sengaja nak meracun dan memburukkan nama Najib dan Zahid? Kononnya dengan adanya PRK kali ini, rakyat Kuala Kangsar akan ajar dorang... Ajar apanya memang rakyat sendiri akan mengundi dan pilih pemimpin dorang pun.

“Orang Kuala Kangsar nak ajar kamu, bahawa mereka mewakili 30 juta rakyat Malaysia.
“Kami sudah tak mahu Najib, Zahid, kerajaan BN, betul tak betul?” soalnya.

BN merampas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat pada tahun 2009, selepas Sultan Perak ketika itu, Sultan Azlan Shah, menolak permohonan Nizar untuk membubarkan Dewan.

Nizar terpaksa membuat permohonan itu selepas tiga ADUN - dua dari PKR dan satu dari DAP - meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas yang mesra BN.

Almarhum Sultan Azlan memetik Perlembagaan Negeri Perak yang menyatakan bahawa berdasarkan budi bicara baginda, Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti DUN susulan pembelotan itu.

Nizar membawa perkara itu ke mahkamah tetapi pada bulan Februari 2010, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah, selepas dilantik BN yang mempunyai majoriti di DUN Perak. - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top