0

Calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Izzat Bukhary Ismail Bukhary berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dapat membantu kempennya.., sekaligus dapat membantu beliau mendapatkan sokongan pengundi di kawasan tersebut.

Berangan jelah Izzat Bukhary nak dapatkan bantuan dari Mahathir.... Takkan Izzat Bukhary lupa kot yang Mahathir tu nak bantu calon Pakatan Harapan... Dari Mahathir tolong Izzat Bukhary yang entah datang dari planet mana, baik Mahathir tolong Pakatan Harapan berkempen.

Mahathir bukannya bodoh nak pergi tolong yang lemah... Mahathir ni jenis suka ambil kesempatan atas orang lain... Sebab tu Mahathir nak bantu calon yang ada sokongan kuat seperti Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan kan ada sokongan 3 parti iaitu DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN).... Kat situ Mahathir dah boleh tumpang sokongan Pakatan Harapan dengan mengatakan sokongan yang diterima tu merupakan sokongan penyokong beliau.

Menurut Izzat Bukhary, beliau mahukan sokongan dari Mahathir kerana Mahathir seorang yang mempunyai visi dan misi.., malah paling lama memegang tampuk pemerintahan dan beliau terbukti seorang pemimpin yang berjaya.

"Jika anda tanya sapa apa strategi kempen saya, saya sangat mengharapkan bantuan daripada Tun Mahathir untuk berkempen bagi pihak saya. Jika tidak pun, saya nak jumpa beliau dan minta pandangan serta nnasihat berguna dalam tempoh masa berkempen sehingga 18 Jun depan," kata Izzat Bukhary.

Lupakan jelah Izzat Bukhary oi, nak jumpa dengan Mahathir nak menuntut ilmu tu... Buang masa jer menuntut ilmu dengan orang tua yang semakin nyanyuk tu... Belajar pun buang masa jer... Takda faedah.

Takkan Izzat Bukhary masih nak menuntut ilmu dengan pemimpin yang sanggup bersengkokol dengan pemimpin parti anti-Islam dan anti Melayu?? Kalau Izzat Bukhary sanggup, memang awal-awal lagi Izzat Bukhary akan kalah teruk dalam PRK ni... Lebih baik Izzat Bukhary tarik diri jer!!! - AndyBolat/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top