0

Memang amat mengecewakan, apabila calon Pas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar sanggup memungkiri janji yang telah dijanjikan.

Calon Pas PRK Kuala Kangsar petang tadi, dikhabarkan telah mengecewakan para media apabila tidak hadir untuk menghadiri program di Rumah Penghulu Manong.

Calon Pas tersebut dikhabarkan akan hadir ke pejabat Penghulu Manong tetapi selepas hampir sejam para media menunggu. Namun amat menduka citakan, calon Pas terbabit tidak hadir tanpa sebarang berita atau alasan.. Malah tiada maklum balas dari pihak calon PAS mengenai ketidakhadirannya di pejabat Penghulu Manong..

Disebabkan ketidakhadiran calon terbabit, para media terpaksa pulang hampa.
Menurut salah seorang media yang enggan dikenali, beliau menunggu dikawasan yang dinyatakan hampir sejam setengah dan kelibat calon tidak kelihatan.... Ia memang satu tindakan yang membuang masa.

"Macam ni memang tak layak jadi wakil rakyat... Sudah janji nak datang, tapi tak datang...Kami tunggu hampir 2 jam... Ia memang membuang masa kami," kata media tersebut.. - AndyBolat/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top