0

Sejak kebelakangan ini, Pas sering menyerang bekas rakan sekutunya DAP dan juga bekas ahli parti Islam itu yang menubuhkan sebuah lagi parti sebagai pengganti Pas dalam gabungan Pakatan.

Pas yang membuat serangan, mengatakan DAP telah menjadi punca parti Islam itu berpecah sehingga tertubuhnya sebuah parti baharu kerana DAP telah memabukkan bekas ahli Pas dengan memberi 'arak'.

Selain itu, Pas juga menyerang DAP dengan mengatakan DAP sebagai parti yang sombong dan angkuh kerana sering menyalahkan Pas dalam hal-hal Pakatan tanpa mendengar sebarang penjelasan.

Yang seterusnya, Pas terus menyerang DAP dengan mengatakan DAP berlagak seperti ahli 'Ulama' kononnya mengetahui segalanya mengenai Islam... Sedangkan hakikatnya parti cina kiasu itu tidak tahu langsung mengenai Islam, sekaligus tidak tahu perbezaan yang ada dalam Islam.

Walaupun Pas membuat serangan hebat terhadap DAP, Setiauasaha Agung DAP Lim Guan Eng tampil mengatakan parti cina kiasu itu enggan membuat serangan balas mahupun melayani polemik parti Islam itu.

Guan Eng berkata, DAP tidak akan terlibat dalam polemik maki hamun Pas yang jelas terpesong dari amalan parti itu selama ini... Tambahnya, apatah lagi kini merupakan bulan yang mulia bagi umat Islam.

"Saya tidak mahu membuat kritikan terhadap apa yang dikeluarkan Pas kerana enggan terlibat dalam polemik itu. Tambahan pula sekarang ini bulan puasa Ramadan," kata Guan Eng.

Perghhhh.... Pandai betul Guan Eng berkata-kata... Ini merupakan bulan mulia bagi umat Islam bagai... Patutlah pemimpin-pemimpin Pas mengatakan DAP ni umpama ahli 'ulama'... Rupanya apa yang dikatakan Pas itu memang betul.

Tak usahlah Guan Eng nak berpura-pura jadi ahli ulama DAP... Orang tahulah perangai DAP tu macam mana... Memang DAP tidak akan melayan polemik Pas ini, tetapi DAP telah mengarahkan pemimpin PAN untuk melayan perkara ini... Macam lah orang tak tahu... Phui!!! - AndyBolat/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top