0

Parti pembangkang nampaknya masing-masing telah menunjukkan perangai terdesak mereka yang tersendiri. Kalau sebelum ini DAP naikkan papan iklan yang menempelak Barisan Nasional (BN) dan cuba cetuskan provokasi.

Manakala PAS pula cuba untuk memberi ganjaran ‘pahala’ kepada sesiapa yang mengundi parti Islam itu... Kini Parti Amanah Negara (PAN) pula menjatuhkan hukum ‘berdosa’ jika tidak mengundi calon mereka.

Calon PAN, Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli memberi amaran kepada pengundi supaya memberi undi kepadanya sekiranya mereka tidak mahu menjawab ‘dosa’ mereka itu di hadapan Allah nanti.

Dasyat sungguh noh! Tak tahu pulak Gomez, yang berdosa besar kalau tak undi PAN, ingatkan undi PAS je yang dapat pahala... Habis kalau undi BN dapat apa pulak?? Terdesak atau sengaja nak cetuskan kontroversi murahan.

Tak kan la terlepas cakap kot... Yela mana tahu, sebab over excited ke kan! Disaksikan 30 orang termasuk petugas media... Termizi menyampaikan ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di Taman Seri Manong, Kuala Kangsar, semalam.

Mungkin darah gemuruh kot sebab ‘ramai’ sangat yang hadir dengan ceramahnya tu... Masa tengah dok perasan nak menang tu, bukan main lagi cakap besar tapi bila sedar dan takut kalah.., tahu pulak si Termizi ni nak cakap berlapik.

Konon kalau kalah itu semua ketentuan  Ilahi dan dianggap sebagai menerima ketentuan qada dan qadar. Tapi kalau siapa yang tak undinya, haaaaa.... bersiap sedialah untuk menjawab di hadapan Allah pada hari Akhirat kelak kerana memilih parti yang kononnya sering berlaku zalim ke atas rakyat.

“Ingatlah kita akan dipertanggungjawabkan di depan Allah nanti. Kenapa abah, atuk tidak berbuat sesuatu semasa diberi peluang untuk membuat perubahan,” tegas Ahmad Termizi seolah-olah mahu memberi tazkirah agama pula.

Tapi apa yang menghairankan, menurut Termizi kawasan yang dia bagi ceramah tu ramai sanak saudaranya. Pendek kata, dia terkenal la di kawasan tu tapi kenyataannya ceramah tersebut langsung tak dapat sambutan.. Hahaha!! Dia ni menipu ka?? - TiraGomez/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top