0

Sudah terang lagi bersuluh yang Parti Amanah negara (PAN) ini sebenarnya khadam kepada DAP. Bukan setakat khadam je, tapi macai, orang suruhan, hamba, dan macam-macam lagi la. Pendek kata tukang jilat jubur DAP.

Tapi apa yang peliknya, setelah macam-macam dikritik dan digelar sebagai boneka kepada DAP, walaupun PAN berada dalam komponen Pakatan Harapan... Namun dorang tetap menafikan perkara tersebut.

Calon PAN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Ahmad Termizi Ramli ketika menyampaikan ceramah PAN yang dianjurkan oleh DAP di Taman Jerlun di Kuala Kangsar lewat Selasa lalu...

Saintis nuklear pro-Lynas itu berkata, kononnya dirinya dipilih menjadi calon bukanlah disebabkan PAN sebenarnya sudah menjadi khadam kepada parti cauvinis kaum Cina tersebut. Tetapi dia dipilih adalah bagi membantu rakyat disitu.

Itu pun kalau dia dipilih secara rasmi oleh rakyat Kuala Kangsar sebagai Ahli Parlimen yang baharu untuk kerusi Bandar Diraja Perak itu pada 18 Jun depan.

“Saya tiada apa-apa kepentingan dari segi kehidupan sebagai profesor pencen pun sudah cukup. Namun saya ingin balas balik ‘duit poket’ rakyat dengan menjadi khadam kepada penduduk di Kuala Kangsar ini,” katanya.

Apa yang meghairankan... Kalau benar PAN bukan hamba kepada DAP, habis kenapa gerak kerja kempen PRK di kedua-dua kawasan  dikawal ketat oleh DAP?? Bukan tu je, ahli DAP siap ‘menyamar’ dengan memakai baju jingga iaitu warna khas PAN.

Yang paling kelakarnya, semua program ceramah telah diaturkan sendiri oleh DAP dan program ceramah dihadiri Ahmad Termizi turut diatur khas oleh jentera DAP sendiri dengan penasihat parti itu, Lim Kit Siang. Sudah tu ramai pulak geng DAP yang sibuk nak berucap, padahal calon PAN yang nak bertanding.

Petugas media yang beragama Islam juga ‘dipaksa’ untuk melakukan tugas lebih awal dan ada yang tak sempat nak berbuka puasa dan solat Maghrib. Sebabnya rayuan supaya jadual ceramah itu dilewatkan tidak diendahkan,..urussetia PAN pulak mampu tengok saja je.

Alasan yang dorang bagi, kononnya kawasan perumahan itu didiami majoriti penduduk etnik Tionghua yang bukan penganut Muslim dan pihak media pula diminta menyesuaikan diri dengan acara disusun yang melibatkan kehadiran Ahmad Termizi.

Nampak sangat yang PAN memang khadam DAP sebab dorang tak mampu nak atur program sendiri sehingga terpaksa mengiyakan sahaja apa yang dilakukan DAP. Itu baru jadi calon, nanti kalau dah menang macam mana pulak? - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top