0


Walaupun Barisan Nasional meletakkan calon yang tidak dapat keluar berkempen atau bertemu dengan penduduk setempat kerana berada dalam tempoh 'iddah' dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

Namun, Barisan Nasional tetap mengambil inisiatif mendekatkan calon Barisan Nasional tersebut dengan rakyat melalui rakaman video secara langsung yang akan dipancarkan melalui mobile trak.

Mobile trak ini merupakan satu penggunaan atau pendekatan terbaru yang digunakan Barisan Nasional buat calon tersebut yang tidak dibenarkan keluar berkempen, memandangkan masih dalam keadaan 'iddah'.

Mesti korang tertanya dari mana Barisan Nasional dapat idea untuk menggunakan mobile trak ini untuk mendekatkan calon bersama rakyat, walaupun calon terbabit dalam larangan untuk keluar berkempen.

Penggunaan Mobile trak ini merupakan cetusan rakan-rakan baik Allahyarham Datuk Seri Wan Mohammad Khair-il Annuar Wan Ahmad... Mereka yang mencetuskan supaya Barisan Nasional menggunakan mobile trak ini sebagai kempen buat calon Barisan Nasional.

Menurut rakan-rakan baik Allahyarham Wan Khair-il yang ditemui, mereka mencadangkan kepada Barisan Nasional untuk menggunakan mobile trak ini sebagai bahan kempen untuk membantu calon Barisan Nasional yang merupakan isteri kepada Allahyarham, sekaligus dapat meneruskan legasi Allahyarham di Kuala Kangsar.

Tambah rakan-rakan baik Allahyarham, mereka bersetuju dengan keputusan Barisan Nasional meletakkan isteri Allahyarham sebagai calon Barisan Nasional kerana isteri Allahyarham disenangi dan mudah didekati oleh rakyat Kuala Kangsar.

Selain itu, pemilihan isteri Allahyarham sebagai calon dapat meneruskan tugasan yang ditinggalkan Allahyarham sepanjang menjadi wakil rakyat Kuala Kangsar dan mereka menyokong sepenuhnya isteri Allahyarham sebagai calon Barisan Nasional PRK Kuala Kangsar. - AndyBolat/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top