0

Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menzahirkan rasa kesian terhadap calon bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar yang menggesa rakyat Kuala Kangsar supaya menolak dan tidak mengundi calon wanita.

Menurut Sharizat Jalil, beliau tidak kecil hati atau sebaliknya mengenai perkara tersebut... Tetapi apa yang dirasainya adalah rasa kesian terhadap calon bebas yang memandang rendah keupayaan kaum wanita.

Jelas Shahrizat Jalil, beliau kesian dengan calon bebas itu kerana calon bebas tersebut tidak mengetahui peranan wanita dari segi Islam.... Dimana Islam, memandang tinggi kepimpinan wanita.

"Tentang isu gender saya tak rasa marah atau sebaliknya... Tetapi saya cuma rasa kesian terhadap calon bebas tersebut... Perkara ini bukan satu isu yang besar dan tidak menjadi masalah buat rakyat Kuala Kangsar," kata Shahrizat Jalil.

Dalam masa sama, Shahrizat Jalil menyeru semua pengundi Kuala Kangsar supaya memberi undi kepada calon Barisan Nasional bagi meneruskan kesinambungan yang ditinggalkan arwah suaminya, Datuk Seri Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Shahrizat Jalil menjelaskan, sekiranya pengundi Kuala Kangsar dapat memberi undi kepada calon Barisan Nasional yang merupakan isteri kepada Allahyarham Wan Khair-il, maka calon Barisan Nasional dapat meneruskan kesinambungan yang ditinggalkan, sekaligus dapat memajukan ekonomi Kuala Kangsar.

Selain itu, Shahrizat turut percaya bahawa calon Barisan Nasional kali ini dapat mengembalikan semula majoriti Barisan Nasional yang semakin kehilangan pada pilihan raya yang lalu. - AndyBolat/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top