0

Baru-baru ini, pihak kerajaan telah mengumumkan akan mempercepatkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi mengembirakan hati rakyat menyambut hari lebaran dengan lebih sempurna.

Namun begitu, kemurahan hati dan keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional itu diperlekeh para penyokong pembangkang. Malah mereka mencemuh, mendakwa pemberian tersebut adalah 'dedak' yang sengaja ditabur kepada rakyat.

Padahal, boleh dikatakan majoriti penerima BR1M amat berterima kasih atas usaha bantuan kerajaan itu walaupun hanya dipandang sinis oleh golongan 'berada' yang kononnya 'suci', 'tulus' dan tidak akan makan 'dedak' BN tersebut.

Namun begitu, kita pun tahu mereka adalah antara yang paling awal datang dan beratur di baris hadapan sekali untuk mendapatkan BR1M!

Yang menghairankan, mereka lebih rela untuk 'makan dedak' yang ditabur DAP di Kuala Kangsar, semalam. Walaupun 'dedak' berkenaan hanya seikat sayur sawi, mereka menyeringai tersenyum, malah memuja-muja DAP sebagai 'sangat prihatin' dan 'baik hati'.

Hanya dua bakul sayur yang diagih-agihkan pada sesi ceramah politik pembangkang di Kuala Kangsar, namun pujian untuk DAP begitu melangit sekali di hati mereka? Terlintas di fikiran penulis, apakah harga diri mereka semurah seikat sayur sawi sahaja?

Sekiranya dirujuk pada harga pasaran sekarang, sekilogram harga sawi hanyalah sekitar RM4.95. Seikat sayur sawi yang dihulur DAP itu tidaklah seberat 1 kilogram pun. Ia hanya beberapa ratus gram sahaja dan harganya lebih rendah dari itu.

Penulis ketawa. Begitu murah sekali harga diri mereka? Hanya berharga seikat sayur sahaja? Agaknya itulah mentaliti penyokong pembangkang yang begitu mudah 'dibeli' dan dimanipulasi mindanya. Bila ditegur, dimarahnya kita pula?

Maka itu penulis tidak hairan jika rakyat Malaysia majoritinya memandang rendah pada mereka yang sanggup menyokong Pakatan Harapan, khususnya penyokong DAP berbangsa Melayu yang sering disindir pedas oleh para penyokong PAS.

Mereka perlekehkan budi baik dan keikhlasan Kerajaan BN yang cuba sedaya upaya membantu mereka. Namun mereka begitu berbangga berebutkan 'dedak sayur' yang diumpan DAP? Amat memalukan!

Itupun mereka dakwa merekalah yang bijak kerana menyokong Pakatan Harapan? Otak jenis apakah itu? -Amir Hamzah/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top