0

Rasa-rasanya la kan Presiden Amanah, Mohamad Sabu ni kaki auta kot noh... Sebab suka sangat kencing rakyat. Kalau setakat kencing tapi tak kantoi boleh la gagah! Tapi ini kencing rakyat tak tapis, sah kata pembohong!

Ada patut Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu buat lawak bodoh semasa menyampaikan ceramah di Taman Sri Manong di Kuala Kangsar malam Rabu lalu. Sudah la ceramah pun 30 orang je yang hadir... Itu pun termasuk dengan para media.

Nak tahu apa lawak Mat Sabu?? Katanya angka terbaharu yang sudah pun menandatangani Deklarasi Rakyat sehingga kini 1.4 juta rakyat Malaysia. Rakyat seramai tu sanggup sanggup menurunkan tandatangan mereka menerusi deklarasi anjuran Tun Dr. Mahathir Mohamad itu.

“Setakat ini sudah lebih 1.4 juta menyertai Deklarasi Rakyat dan jumlah ini akan bertambah lagi untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai tanda rakyat menolak Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Hahaha... Entah hantu apa yang merasuk dalam diri bekas pemimpin PAS selama 37 tahun itu... Atau mungkin kat rumah Mat Sabu tu takde televisyen kot buat tengok berita terkini. Dan mungkin jugak seumur hidupnya tak pernah beli surat khabar dan layari sosial media... Sebab tu dia tak tahu berita terkini.

Habis ‘ternganga’ para hadirin yang hadir.... Tak sangka pulak yang Mat Sabu ni lembab sampai macam tu.. Hahahaha.. Nak tipu rakyat tapi pada hakikatnya memperbodohkan diri sendiri.

Korang semua mesti tahu kan yang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan mendakwa kira-kira 300,000 borang deklarasi itu didapati adalah palsu. Makna jumlah 1.2 juta tanda tangan sebelum ni tipu jela.

Jika tolak dengan jumlah tersebut, maknanya tinggal hanya  900,000 penduduk negara kita menyertai Deklarasi Rakyat dan secara tidak langsung.., bererti matlamat sejuta tandatangan yang disasarkannya gagal dicapai.

Mat Sabu ni bukan sahaja menipu, malah jumlah sebenar yang sebelum ini pun salah! Mahathir kata 1.2 juta tapi Mat Sabu hantam 1.4 juta terus.. Hahahah! Mana datangnya 200,000 ribu tu?? - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top