0

Parti Amanah Negara (PAN) jelas sudah ketandusan isu untuk dijadikan modal berniaga bagi berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK). Kalau tidak, tak kan la PAN sanggup mempermainkan ketentuan ilahi ekoran penyandang kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang terbunuh tempoh hari tu.

Nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, bulan lalu yang mengakibatkan penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad bersama lima yang lain terbunuh.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata PAN sudah kehabisan modal sehingga mereka sanggup dan terpaksa memutar-belitkan kenyataan. Lepas tu guna kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebelum ini yang menyatakan bahawa Allah mahu rakyat Kuala Kangsar ‘mengajar’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Itu lagi dakwaan dia yang tidak tepat, memang apa yang berlaku ketentuan Allah SWT tetapi dakwaan nak bagi pengajaran kepada presiden (Umno) tidak tepat.

“Dakwaan itu sengaja diada-adakan kerana hakikat sekarang ini AMANAH tidak ada isu yang nak dibawa, kalau dia hendak hentam peribadi calon dia tidak ada isu sebab itu dia pusing isu yang tidak ada kena mengena dengan pilihan raya ini,” kata Shamsul.

Pengundi di Kuala Kangsar perlu memilih calon dan parti yang ada keyakinan dan kreadibiliti supaya mereka mampu untuk buat kerja nanti. Bukan macam PAN yang langsung takde kekuatan tersendiri dan lembik.

“AMANAH langsung tidak ada kekuatan, tidak ada kerajaan negeri dan tempat.., malah kalau bagi (parlimen) kepada calon AMANAH sekali pun ia tidak akan membawa sebarang perubahan serta tidak boleh mengubah apa pun dalam kerajaan,” katanya.

Calon PAN bukan calon yang sesuai untuk menyandang kerusi Parlimen kawasan Kuala Kangsar... Tengok jela cara dorang berkempen! Takdir pun dorang boleh buat main, kaitkan dengan perdana menteri yang langsung tiada kaitan.

“Saya lihat bahawa calon (PRK Kuala Kangsar) AMANAH walaupun anak tempatan dan PAS apatah lagi Bebas, walaupun mereka turun padang mereka bukan calon yang dikenali di sini.

“Mereka tidak ada track record mentadbir, jadi saya yakin Mastura (menang) tetapi keyakinan ini harus disertakan dengan kerja kuat,” katanya. - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top