0

Nampaknya, pembangkang ada modal kempen yang baru untuk mencerca Umno dan juga Barisan Nasional (BN). Kali ni puak pembangkang mendakwa jentera Wanita Umno Kuala Kangsar merajuk dan tidak bersama-sama berkempen untuk calon BN bagi Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid.

Bagaimanaoun, dakwaan memalukan itu disangkal oleh Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang menyatakan jentera wanita Kuala Kangsar tidak pernah merajuk.., malah berganding bahu bersama wanita umno di negeri Perak serta negeri-negeri lain untuk menjayakan misi BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.

“Malah jentera Wanita menjadi sebahagian daripada jentera BN di Kuala Kangsar keseluruhannya. Kita memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada calon,” katanya..

Fitnah yang telah dilemparkan  oleh puak pembangkang ini menimbulkan kemarahan bagi ahli wanita Umno  yang lain, mungkin dengan gerak kerja yang sedikit perlahan membuatkan mata-mata pembangkang melihat mereka kurang berkempen secara terang-terangan.

Maklumlah bulan Ramadan ni mesti wanita Umno menyampaikan kempen mereka dengan tertib dan tidak mengikut emosi serta fokus kepada program yang sesuai untuk dilakukan di bulan Ramadan. Fikiran kotor pembangkang sering kali mentafsirkan perkara yang negatif. Sebab tu la, terjadinya fitnah yang macam ni.

“Saya yang menjalankan amanah daripada ahli-ahli Wanita (Umno) Kuala Kangsar ingin menjelaskan bahawa dakwaan itu adalah fitnah. Segala gerak kerja kempen berjalan dengan baik, saya dan ahli  telah turun ke semua PDM (Pusat Daerah Mengundi) dan segalanya berjalan lancar setakat ini,” katanya.

Hasad dengki yang menebal oleh pembangkang akan mempengaruhi rakyat, malah keadaan akan menjadi huru-hara dengan kenyataan mereka yang sering menimbulkan kemarahan ramai pihak. Oleh itu, propaganda murahan pembangkang perlu di hakis untuk menjamin pembangunan rakyat yang bermoral. - Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top