0

Kebetulan penulis di Kuala Kangsar, maka bertandanglah penulis di ceramah Parti Amanah Negara (PAN) di salah sebuah kampung di parlimen berkenaan. Selain Mat Sabu dan calon Pilihan Raya Kuala Kangsar, Dr. Tarmizi Ahmad Termizi Ramli, bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin pun menempek sekali.

Di ceramah itu, Nizar dengan bangganya memberitahu ketika zamannya dulu, kerajaan negeri Perak menjana keuntungan besar. Lebih dari RM600 juta katanya. Lalu dia menempelak Kerajaan BN Perak sekarang yang kononnya tidak pandai cari duit.

Satu lagi yang dipertikai Nizar di Sayong Lembah pada malam itu adalah kononnya Kerajaan BN Perak 'bodoh' kerana memberikan berpuluh ribu hektar kepada Felcra, namun tidak membawa sebarang pulangan kepada kerajaan negeri melainkan cukai tanah yang sedikit.

Penulis tidak tahu bagaimana Nizar boleh dilantik menjadi Menteri Besar. Penulis juga tidak tahu bagaimana Nizar dapatkan status 'Ir' yang selalunya hanya dimiliki oleh jurutera yang bijak berakal. Namun malam itu, Nizar bagaikan tidak berakal!

Apakah dia lupa kenapa bukan saja pihak Istana Perak dikatakan murka padanya, malah seluruh rakyat Perak, terutamanya bangsa Melayu pun marah padanya dulu? Malah orang PAS sendiri pun menyampah dan meluat padanya ketika itu.

Ingat lagi isu pemberian tanah 99 tahun? Kepada siapa berpuluh ribu hektar tanah itu diberi sehingga mencetus kemarahan ramai? Jika kerajaan negeri terima bayaran atas keuntungan 'pemberian' tanah itu pun, tidakkan Nizar rasa bersalah menggadai tanah Melayu kepada pihak berkenaan?

Mungkin benar beratus juta dia terima dari transaksi itu. Tapi siapa yang untung dan siapa yang rugi? Bila kurangnya rezab Melayu di negeri Perak, ditudingnya jari kepada BN pula? Padanlah Allah turunkan dia dari tampuk kuasa di Perak...

Nizar pertikai Felcra tidak memberi pulangan lumayan kepada Kerajaan Negeri? Pada pandangan penulis, Kerajaan Negeri bukan peniaga. Maksudnya, Kerajaan BN Perak bukan 'profit oriented' yang hanya memikirkan untung duit sahaja.

Memberikan tanah kepada anak-anak Perak untuk diusahakan adalah satu tindakan yang sangat tepat. Ia bagaikan bukan saja memberi 'pancing', malah turut diberikan adalah peralatan lengkap untuk 'menangkap ikan' bagi menyara keluarga anak Perak.

Mungkin Felcra belum lagi sekaya dan hebat seperti Felda. Felcra sedang cuba membangun. Namun lihatlah bagaimana Felcra telah berjaya mengubah taraf sosio-ekonomi anak Perak. Dari yang tidak bertanah, mereka kini berusaha membangunkan tanah dan mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik.

Sedang anak Felcra mengukuhkan ekonomi mereka, Nizar mahu Kerajaan Negeri 'ganggu' pendapatan peneroka Felcra? Mujurlah Nizar bukan lagi Menteri Besar Perak, jika tidak, mungkin habis diperasnya anak-anak Perak di tanah rancangan Felcra.

Padanlah ramai rakyat Perak menyampah habis pada Nizar. Dia hanya rasa dia saja yang betul, padahal apa yang dia fikirkan betul itu sebenarnya bertentangan sama sekali dengan tanggungjawab dan peranan sebenar Ketua Kerajaan Negeri yang sepatutnya menjaga kebajikan rakyat di negeri itu.

Dan dia mahu salahkan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana hilang jawatan Menteri Besar? Ketahuilah Nizar bahawa itu kehendak Allah SWT kerana kuasa itu datangnya dari Dia, bukan Najib mahupun Zahid. Sukar sangatkah seorang jurutera memahami ketentuan qada' dan qadar Allah? - Amir Hamzah/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top