0

Desas-desus yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan dalang dalam pemilihan calon bagi Parti Amanah Negara (PAN), betul ka ?...PAN juga merupakan calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

"Ini rahsia saya buka.. Semasa pemilihan calon nama saya naik tetapi bila ada NGO (yang dipercayai pengikut Tun M) nasihat biar cari calon bukan dari Pas, kami bersetuju memilih Dr. Termizi," ujar Presiden PAN Mohamad Sabu.

Dikatakan, pemilihan calon PAN ini dibuat setelah mereka menolak nama  Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu. Dipercayai, nama Mat Sabu ditolak mentah-mentah oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang merupakan puak Deklarasi Rakyat dibawah pimpinan Tun M. Sebab tu.. Tun M beria-ia nak turun padang, sampai calon pun dia yang pilih.

Menurut sumber, calon PAN  yang dipilih Tun M bagi Parlimen Kuala Kangsar adalah Dr. Termizi Ramli, walaupun masih baru di dalam PAN tetapi telah diangkat untuk menjadi wakil pada PRK kali ini. Jelas puak Tun M menolak bekas Pemimpin PAS untuk bertanding. Calon PAN tersebut berjaya mengalahkan pemimpin atasan PAN yang majoritinya adalah bekas ahli PAS.

Selain itu, calon PAN yang dikatakan dipilih oleh Tun M konon mempunyai latar belakang yang baik serta taraf pendidikan yang cemerlang, ini menjadikan semua ahli bersetuju untuk memilih Termizi. Nampaknya, putus harapan pemimpin atasan PAN yang dulunya beria-ia mahu jadi calon untuk PRK.

Dalam pada itu, mungkin Tun M yang akan mengantikan kepimpinan Pakatan Harapan bersama geng Deklarasi Rakyat kerana sekarang Tun M sudah pun menguasai PAN dan membuat keputusan untuk mereka, tidak mustahil bagi Tun M untuk menguasai Pakatan sehingga sekarang mereka menjadi sekutu yang ‘kuat’. - Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top