0

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ni tidak mahu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali campur tangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sungai Besar yang bakal diadakan pada 18 Jun, sedangkan  Azmin adalah seorang ketua pentadbir di negeri Selangor. Pelik ja Wan Azizah ni….

Makin terang pula masalah tidak sebulu Wan Azizah dan Azmin ni ditayangkan kepada umum. Tsunami di dalam PKR juga dapat dilihat dengan arahan yang dikeluarkan presidennya supaya Azmin menjauhkan diri dan tidak perlu untuk menolong jentera parti berkempen semasa PRK. Mungkin, Wan Azizah mahu lari  daripada pihak yang akan mempolitikkan isu panas sogokan wang dan perempuan yang melanda Azmin dan bakal menjatuhkan reputasi Pakatan Harapan bagi meraih undi.

Menurut Yang Dipertua Mubarak (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) Selangor, Tan Sri Dr Abu Hassan Omar menjelaskan arahan Wan Azizah itu pelik dan diluar tabiee  serta menjadi janggal kepada rakyat kerana jawatan Azmin sebagai Naib Presiden PKR disekat untuk turun padang semasa PRK berlangsung. Semasa penamaan calon saja kelihatan kelibat Azmin dan selepas itu beliau terus lenyap. Mungkin Azmin hanya dijadikan  wayang politik sahaja.

“Mungkin kehadirannya semasa penamaan calon sekadar wayang politik. Hakikatnya Azmin seorang Ketua Pentadbir Negeri, malah menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR. Bila ada pilihan raya di negeri pimpinannya, dia pula tidak dibenarkan berkempen”, katanya..

Mengulas dengan lebih lanjut lagi, Abu Hassan juga menyangkal alasan Wan Azizah kononnya untuk menjaga keharmonian pentadbiran kerajaan Selangor, Azmin tidak diberi kebenaran untuk berkempen. Mungkin Wan Azizah cuba untuk mengunakan kuasa yang ada untuk menentang Azmin ekoran konflik antara mereka. Hal ini akan menimbulkan pelbagai spekulasi kepada ramai pihak.

Natijahnya , rakyat perlu menolak parti yang tidak dapat dikesan matlamatnya kepada rakyat dan juga parti yang mengunakan kuasa untuk kepentingan peribadi sahaja. Jika rakyat memilih Barisan Nasional sudah terbukti mereka adalah sebuah parti yang membela nasib rakyat dan sentiasa mendengar suara rakyat. - Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top