1

Sudah la DAP dengan sengajanya telah memasang papan iklan berbaur provokasi di pekan Sekinchan... Papan iklan tersebut memaparkan muka Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos dengan perkataan ‘panggil Cina babi tidak salah” dalam bahasa Melayu dan Cina.

Lepas tu sudah la buat salah dan memperburukkan orang lain secara terang-terangan... DAP juga dikatakan tidak akan memohon maaf diatas kebiadapan tersebut. Sebabnya dorang dok rasa tindakan dorang tu betul dan tepat.

Pengarah Komunikasi PAN Khalid Samad berkata, DAP langsung tidak terlintas untuk memohon maaf, malah langsung tidak berniat untuk meminta maaf kepada Barisan Nasional (BN) mahupun kepada individu yang dikaitkan dengan iklan tersebut.

“Semalam saya keluarkan kenyataan, saya kata saya tak tahu (siapa pasang), memang saya tak tahu.

“Bila DAP mengaku menaikkan papan iklan itu, saya jumpa Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pagi tadi dan bincang.

“Kita setuju ia tidak akan dinaikkan lagi kerana dianggap sebagai provokasi, kita nak berkempen secara positif,” katanya kepada pemberita di Pejabat DAP Sekinchan.

Kononnya DAP memutuskan untuk melakukan perbuatan khianat tersebut sebab nak tuntut bela atas ketidakpuasan hati orang Cina terhadap Jamal. Maknanya dorang ni nak lepas geram la, sebab tu naikkan papan iklan tu.

“Tony jelaskan bagaimana orang Cina terpendam perasaan mereka terhadap Jamal yang masih tidak menarik balik kata-katanya yang melampau dan menghiris perasaan kaum Cina, selain dia tidak dikenakan tindakan.

“Mereka juga kecewa apabila sudah mengundi PAS sebelum ini tetapi sekarang mereka hendak berbaik dengan UMNO,” katanya.

Dah la taknak mintak maaf, lepas tu berlagak seperti gentleman pulak apabila Tony yang juga pengerusi DAP Selangor mengakui parti itu yang meletakkan papan iklan kempen berkenaan.

“Ia dibuat oleh kami. (Kami meletakkannya) petang ini (semalam), ” katanya selepas beberapa jam ia diturunkan.

Siap mempertahankan lagi apa yang dorang buat tu, tambah-tambah bagi papan iklan yang menunjukkan gambar Jamal yang dikatakan ada menggunakan kata-kata tertentu kepada orang Cina.

“Kami hanya menonjolkan fakta bahawa apa yang dia (Jamal) sebagai ketua Umno Sungai Besar katakan mengenai orang Cina.

“Kami mahu mengetengahkan isu ini. Tetapi SPR memutuskan ia melanggar peraturan pilihan raya selepas menerima aduan dan papan iklan sudah diturunkan,” kata Tony. - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

  1. Ini semua bibit bibit 13 May 69

    ReplyDelete

 
Top