0

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad menafikan bahawa parti serpihan Pas itu terlibat dengan pemasangan papan iklan gergasi berbentuk provokasi di kawasan Parlimen Sungai Besar.

Khalid Samad menafikan dengan mengatakan, partinya tidak terlibat dengan pemasangan billboard tersebut kerana parti serpihan Pas itu tidak mempunyai wang untuk membuat papan iklan gergasi, memandangkan parti itu masih baru ditubuhkan.

Khalid Samad turut memberi contoh partinya tidak mempunyai wang dengan mengatakan pemasangan bendera parti itu sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) pun jauh lebih sedikit berbanding bendera parti lain.

Kadang-kadang poyo juga parti PAN ni.... Sembang bukan main lagi... KLCC pun boleh jatuh.... Parti takda duit sebab baru ditubuhkan bagai... Dah tahu tak ada duit, boleh pula PAN masuk bertanding dalam dua PRK ni.... Kat situ pun dah nampak yang PAN ni kaki kelentong.

Kalau betul PAN tak ada duit... Awal-awal lagi PAN takkan bertanding... Lagipun PAN sendiri tahu yang parti tu takda sokongan... Kalau bertanding, sah-sah PAN akan hilang wang deposit.

Oh lupa... PAN memang takda duit pun... PAN masuk bertanding ni pun sebab ditaja oleh 'abang long'... Tu yang PAN mampu bertanding... Kalau nak harapkan dana parti... Sampai kiamat parti tu takda duit.... Maklum sajalah parti yang takda sokongan ni... Hahaha..

Dalam masa sama, Khalid Samad turut seakan menyindir bekas partinya dengan mengatakan PAN tidak mampu menjadi seperti Pas, dimana menggunakan bendera kitar semula untuk kempen pilihan raya.

Sudah-sudahlah.... PAN tak payahlah nak berselindung apa lagi... Kalau PAN tak nak mengaku pasal billboard tu tak apa... Orang pun tahu, yang pasang billboard tu memang kerja PAN... DAP yang taja PAN untuk pasang billboard tu.

Kalau PAN masuk bertanding DAP boleh taja... Apa laa sangat kalau DAP nak taja PAN buat billboard tu... Berapa duit jer buat billboard provokasi tu... Mengaku jelah PAN... Tak payah nak berlagak zuhud bagai!! - AndyBolat/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top