0

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang memaklumkan, beliau tidak boleh melupakan kezaliman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa era pemerintahannya yang terus menekan kerajaan Kelantan dan Terengganu yang diperintah oleh parti Islam.

Bukan Hadi seorang jer yang tak boleh lupakan kezaliman Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun... Ramai lagi pemimpin dan rakyat yang tidak boleh lupakan kezaliman Mahathir tu!!

Yang boleh lupakan kezaliman Mahathir tu, cuma pemimpin-pemimpin yang sanggup bersama Mahathir dalam Deklarasi Rakyat yang kononnya untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Tak tahulah nak cakap macam mana.... Andy sebenarnya hairan juga.... Macam mana pemimpin-pemimpin pembangkang ni dengan mudahnya boleh melupakan kezaliman Mahathir... Mereka boleh duduk sebaris bersama Mahathir bergelak ketawa.... Hakikatnya, dulu mereka ini sendiri telah dizalimi dan ditindas oleh Mahathir.

Jelas Hadi, Kerajaan Pusat dibawah pemerintahan Mahathir sekitar tahun 1990-an bersikap tidak adil dengan kerajaan Pas Kelantan, apabila sengaja melewat-lewatkan pembayaran royalti petroleum.

Hadi berkata, tindakan Mahathir sengaja melambat-lambatkan bayaran royalti sengaja untuk menyeksa kerajaan Pas Kelantan yang tidak mempunyai wang dan hanya bergantung kepada royalti tersebut.

"Mengikut konsep federalisme, Kerajaan Pusat perlu membayar sejumlah wang mengikut jumlah rakyat di setiap negeri. Biasanya dibayar dua kali iaitu pada Mac dan Ogos.

"Perdana Menteri ketika itu (Mahathir), dibayarnya pada Disember supaya kita tidak ada duit, ini kerja apa. Padahal kita satu negara," kata Hadi dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar. - AndyBolat/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top