0

Agak mengecewakan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang sedang berlangsung kini... Telah dicemari dengan kempen secara kotor, apabila Pakatan Harapan menaikkan billboard berbentuk provokasi serta beberapa insiden yang berlaku sepanjang kempen berlangsung.

Seperti di Parlimen Sungai Besar.... Pakatan Harapan berkempen menggunakan cara kotor apabila menaikkan billboard provokasi terhadap parti yang bertanding dalam dua PRK ini.

Boleh lihat gambar diatas, dimana Pakatan Harapan menaikkan billboard memprovok Barisan Nasional dan Pas... Pakatan Harapan mendakwa Pas dan Barisan Nasional kini telah bersatu sebagai sebuah gabungan.

Selain itu, Billboard Pakatan Harapan tersebut turut mendakwa Pas dan Barisan Nasional merupakan parti paling rasis dan kuat rasuah di negara ini... Perkara ini memang agak keterlaluan dan biadap.

"Barisan Nasional Pas sehati sejiwa, rasis rasuah sama sekali," ayat dipetik dari billboard yang dipercayai milik Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan sepatutnya berkempen dengan cara yang bersih dan tidak mencemari kempen PRK yang sedang berlangsung ini.... Tindakan Pakatan Harapan menaikkan billboard berbentuk provokasi ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai, sekaligus menunjukkan gabungan parti pembangkang itu tidak matang untuk memerintah negara. - AndyBolat/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top