0

Nampak macam Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ni dah insaf dan bertaubat... Agaknya la sebab Shafie dilihat tiba-tiba muncul dan berada bersama-sama dengan anggota kempen Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.

Kehadiran Shafie diketahui melalui sekeping gambar yang dimuatnaik olehnya di laman Facebook. Kehadirannya itu membingung ramai pihak... Ramai yang tertanya-tanya dan curiga dengan status sebenar dirinya itu.

Adakah Shafie sudah bertaubat?? Dan meninggalkan kumpulan penyangak dan samseng yang memberontak dan berjanji sumpah setia untuk bersama-sama dalam usaha bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak??

Sebelum ini, Shafie dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilucutkan jawatan mereka dalam kabinet kerana terlalu lantang dan pedas dalam mengkritik dan menghentam Najib dalam isu berkaitan skandal 1MDB dan berbilion wang dalam akaun bank peribadinya.

Tuppptupp.. Kali ni, boleh pulak Shafie dengan slumbernya hadir... kalau hadir tu tak kisah lagi tapi siap berpeluk dan berjabat tangan lagi dengan para anggota UMNO... Mana pergi dendamnya kepada Najib?? Adakah Shafie sudah membuat pusingan u-turn.

Tapi macam biasalah.... Pastinya perkara tersebut dinafikan oleh tuan empunya diri. Katanya dia tak pernah pun buat pusingan u-turn, sebab konon dia sentiasa setia dengan UMNO dan tidak terfikir untuk meninggalkan UMNO.

"Saya masih ahli Umno, masih naib presiden Umno. Isu membuat pusingan U atau isu kesetiaan saya kepada parti tidak timbul sama sekali.

"Selagi saya masih hidup , saya akan terus berjuang untuk rakyat, bukan untuk mana-mana individu. Saya suka parti saya, tetapi saya juga suka negara saya lebih daripada segala-galanya, " katanya. - Tiragomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top