0


Tagline yang sentiasa diingati oleh semua orang iaitu ‘Renung-renungkan dan selamat beramal” yang sering diungkapkan oleh pakar motivasi Professor Madya Md Izuddin Ali atau lebih dikenali sebagai Prof Izzi..

Sebentar tadi Miss A mendapat berita bahawa Prof Izzi dah pun menemui pencipta pada 12.45 tengah hari tadi.. Dikhabarkan Allahyarham telah meninggal dunia akibat menghidap penyakit strok..

Berita ini didedahkan sendiri oleh anak saudaranya di laman akaun Twitter, menggunakan nama Fadednv, anak saudara Prof Izzi menulis, “Assalamualaikum semua. Uncle saya izuddin(proff izzi) dah pergi menemui penciptaNya pkl 1245 td. Mari kita sedekahkan al fatihah pada arwah.”

Seperti sudah mengetahui bahawa ajal akan datang menjemput, Poff Izzi ada memberi beberapa tanda di status yang dimuatnaik di laman Twitter Prof Izzi.. Allahyarham memuatnaik gambar melawat jenazah meninggal dunia pada hari pertama Ramahdan dan menulis, ““walau ramadhan akan ditempuhi, belum tentu melaluinya’..

Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah di bulan yang mulia ini Allahyarham telah pun kembali ke rahmatullah.. Takziah di ucapkan pada ahli keluarga dan semoga tabah menhadapi segala ujian ini.. Kita dah tak akan dengar lagi tagline, " Renung-renungkan dan selamat beramal".. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top