0




Siri Program Barakah Ihya Ramadan, telah menjelajah seluruh daerah negeri Kedah untuk memberi sumbangan kepada rakyat sempena bulan Ramadan serta meringgankan beban rakyat Kedah untuk menyambut lebaran yang bakal tiba.

Menerusi pimpinan Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM 2.4 juta bagi menjayakan sumbangan tersebut. Hari ini telah berlangsung siri program terbabit bagi daerah Pendang dan juga Pokok Sena.

Dinyatakan, lebih kurang 3000 rakyat yang hadir dan kira-kira 1500 rakyat di daerah berkenaan menerima sumbangan. Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail turut hadir bagi melancarkan program Barakah di daerah yang  ke enam. Hanya tinggal lagi dua daerah yang masih belum berlangsung iaitu Padang Terap dan Langkawi.

Dalam pada itu, rata-rata pandangan rakyat memberikan respon yang cukup baik mengenai program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri. Malah ada yang sangat teruja kerana melalui bantuan yang berupa wang ringgit dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan mereka untuk menyambut Hari Raya.

" Usaha kerajaan negeri dapat meringankan beban rakyat, sumbangan ini juga kami akan guna untuk menyambut Hari Raya ", kata Rohani, penduduk daerah pendang.

Seterusnya, turut hadir untuk memeriahkan majlis berkenaan adalah Exco Kerajaan Negeri, Datuk Suraya Yaacob yang merupakan Adun Sungai Tiang, Datuk Othman Abdul  yang juga Ahli Parlimen Pendang, pegawai-pegawai daerah dan yang turut serta pemimpin masyarakat di daerah Pendang dan Pokok Sena. -HanezDot/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top