0

Setelah membuat pengiraan dan kira-kira.... Bagus dan tepat sangat la keputusan yang dibuat  Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang memilih untuk berundur dari jawatan Pengerusi Proton Holdings Bhd (Proton). Bukan apa, sekarang ini kita lihat syarikat Proton yang dahulunya seperti sudah nyawa-nyawa ikan dan tunggu masa sahaja nak lingkup, kini berubah.

Kadar penjualan kereta jenama Proton pula dahulunya semakin hari semakin berkurangan... Itu tidak ambil kira lagi dari aspek pengguna yang dok buat aduan pasal kerosakan-kerosakan kereta yang dibeli mereka. Walaupun baru je beli tapi dah macam-macam hal.

Jadi daripada perkara tersebut terus-terusan membelengu syarikat Proton, adalah lebih baik kalau Mahathir berundur je dari jawatan pengerusi Proton. Setidaknya berkat jasa pengunduran Mahathir dahulu, syarikat Proton kini mampu bersinar dan bernafas kembali seiring dengan zaman keemasan mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak percaya telah terjadi satu perubahan besar dan satu fenomena baru tercetus ke atas Proton.... Perubahan demi perubahan tersebut akan berlaku setelah Mahathir berundur.

“Era campur tangan politik Tun Mahathir sudah pun berakhir. Kita dapat lihat akibatnya awal tahun ini. Sebuah syarikat pengeluar, yang sepatutnya menjadi kebanggaan negara, telah menghadapi keadaan yang amat menyulitkan,” katanya pada majlis pelancaran generasi keempat Proton Perdana di Putrajaya.

Pada 30 Mac yang lalu, Dr Mahathir yang menjadi pengerusi Proton sejak 2014 berundur dari jawatan itu secara rasminya.

Syarikat Proton tersebut telah diberi suntukan baharu setelah kelibat Mahathir tiada lagi dalam syarikat tersebut. Malah kerajaan akan terus komited untuk melindungi nasib pembekal dan pekerja syarikat... Dalam masa yang sama Proton perlu menangani kelemahan struktur dalaman syarikat tersebut.

“Keperluan untuk suntikan tunai mendedahkan bahawa terdapat kelemahan struktur yang serius dalam Proton. Justeru, sekarang adalah masanya untuk mengambil iktibar daripada perkara yang telah berlaku, serta melaksanakan langkah dan pembaharuan supaya Proton kembali di landasan betul untuk merealisasikan potensi sebenarnya sekali lagi,” jelasnya.

Diimbau zaman dahulu, rakyat langsung tak yakin dengan Proton dan pengeluaran demi pengeluaran kereta jenama Proton langsung tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.  Tapi sekarang semuanya berbeza, perlancaran model baharu Proton Perdana kali ini mendapat sambutan hangat dan mengembalikan kenyakinan terhadap Proton.

“Pengurusan baharu Proton juga memberitahu saya bahawa mereka yakin pelanggan bukan sahaja akan menyukai penampilan menawan Perdana, malah akan tertarik dengan pemanduannya. Saya harap Proton akan kembali berjaya,” ujar Najib lagi.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top