0

Gerakan Puteri Umno akan memperluaskan kempen mereka untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Jentera Puteri Umno juga banyak membantu untuk menarik pengundi muda bagi memilih calon BN.

Menurut Naib Ketua Puteri UMNO Zahida Zarik Khan, kini ramai pengundi muda yang telah mula memberi sokongan kepada calon BN setelah mereka membuat perancangan kempen yang selari dengan kemajuan teknologi masa kini. Mungkin, kaedah ini lebih berkesan dan sinonim dengan generasi-Y, sebab tu graf pengundi muda semakin meningkat.

Mengulas lanjut, Budiman Mohd Zohdi yang dipilih untuk menjadi calon BN di Parlimen Sungai Besar sangat popular di kalangan pengundi muda dan mereka sudah mengenalinya dengan lebih rapat. Tidak menjadi masalah untuk berkempen dengan calon yang sudah disukai ramai seperti Budiman. Jentera Puteri sememangnya mengharapkan kemenangan besar buat BN.

"Kami nak sambut raya dalam dua kemenangan iaitu menang berpuasa dan menang kedua-dua PRK ini." katanya..

Dalam pada itu, jentera Puteri Umno tidak mahu berasa selesa dengan hasil gerak kerja yang ditunjukkan, malah mereka ingin terus bekerja sehingga selesai PRK ini untuk menarik lebih ramai pengundi. Kempen ‘all out’ yang ditunjukkan gerakan Puteri akan menjadi hadiah Hari Raya buat mereka, jika kemenangan berpihak kepada BN.

"Kami akan terus berkerja hingga selesai hari mengundi dengan mengadakan pertemuan dari hati ke hati dengan pengundi sebanyak mungkin“, katanya..

Selain itu, Gerakan Puteri Umno juga telah membantu calon BN Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid untuk berkempen secara visual bagi menepis segala kekangan yang melanda Mastura. Melalui era ‘hyper connectivity’ tidak menjadi masalah untuk Puteri berkempen, walaupun calon tidak turun padang bersama-sama. - Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top